Thursday 3 May 2012
Ultrabook + Tablet = Cove Point
Semua sedia maklum akan yang mana Windows 8 kelak akan dioptimasikan sepenuhnya untuk skrin sentuh. Dan mengambil peluang daripada itu, kini Intel memperlihatkan peranti hibrid iaitu yang membawa gabungan antara Ultrabook dan juga tablet, dikenali sebagai Cove Point.
Ia diperkatakan
sebagai salah satu evolusi daripada Ultrabook, membolehkan para
pengguna mendapatkan dua peranti pada harga yang sama. Secara kasarnya,
ia boleh dikatakan membawakan konsep serupa dengan Asus Transformer
Prime yang diperkenalkan pada awal tahun ini.
Walaubagaimanapun, berbeza dengan Transformer Prime yang membolehkan
para pengguna menanggalkan papan kekuncinya, melalui Cove Point, ia
lebih kepada dimana papan kekunci diletakkan dibahagian bawah skrin
apabila diubah posisi kepada tablet. Dan sekiranya anda inginkan papan
kekunci penuh, anda hanya perlu menolak skrin ke atas, dan
menggunakannya sebagai Ultrabook.
Dari segi spesifikasi, ia membawakan skrin seluas 12.5-inci, dan juga
didatangkan dengan sokongan port HDMI dan juga slot untuk USB 3.0. Buat
masa ini, masih tiada sebarang pengeluar peranti mengumumkan untuk
mengeluarkan Cove Point ini, dan mungkin kita akan dapat melihat
pengumuman lanjut berkaitan dengannya dalam masa terdekat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)