
Sunday, 3 June 2012
Kisah Syahidnya Khubaib Bin Adi
Kekalahan umat Islam dalam perang Uhud menyebabkan bangkitnya kemarahan
orang-orang badwi di sekitar Madinah untuk mencemuh dan mengungkit-ngungkit
dendam lama yang sebelumnya sudah terpendam. Namun tanpa curiga sedikit pun
Rasulullah memberikan sambutan baik atas kedatangan sekelompok pedagang Arab
yang menyatakan keinginan sukunya hendak mendengar dan memeluk Islam. Untuk itu
mereka meminta para da’ie dikirimkan ke kampung suku itu. Rasulullah s.a.w
meluluskan. Enam orang sahabat yang alim diutus untuk melaksanakan tugas
tersebut. Mereka berangkat bersama para pedagang Arab itu.
Di kampung Ar-Raji, dalam wilayah kekuasaan suku Huzail, para pedagang itu
tiba-tiba melakukan pengkhianatan ke atas keenam sahabat Rasulullah s.a.w,
sambil berseru meminta bantuan kaum Huzail. Keenam da’ie itu dengan pantas
menghunus senjata masing-masing dan siap mengadakan perlawanan, setelah insaf
bahawa mereka tengah diperangkap.
Para pedagang yang licik tadi berteriak, "Sabar saudara-saudara. Kami
tidak bermaksud membunuh atau menganiayai kalian. Kami cuma mahu menangkap
kalian untuk kami jual ke Makkah sebagai hamba. Keenam sahabat Rasulullah s.a.w
itu tahu nasib mereka bahkan lebih buruk daripada terbunuh dalam pertarungan
tidak berimbang itu. Maka, mereka segera bertakbir seraya menyerang dengan
tangkas.
Terjadilah pertempuran
di antara enam pendakwah berhati tulus dengan musuh yang jumlanya jauh lebih
besar. Pedang mereka ternyata cukup tajam. Beberapa orang lawan telah menjadi
korban. Akhirnya tiga sahabat tertusuk musuh dan langsung gugur. Seorang lagi
dibaling batu beramai-ramai hingga tewas. Bakinya tinggal dua orang; Zaid bin
Addutsunah dan Khubaib bin Adi.
Apalah daya dua orang pejuang, betapa pun lincahnya perlawanan mereka,
menghadapi begitu banyak musuh yang ranmai? Selang beberapa saat sesudah
jatuhnya empat sahabat tadi, kedua orang itu dapat dilumpuhkan dan dibelenggu. Lalu
mereka diangkut menuju pasar hamba di Makkah. Zaid dibeli oleh Shafwan bin
Umayyah. Ayah Shafwan, Umayyah bin Khalaf, adalah majikan Bilal dan Amir bin
Fuhairah. Umayyah terkenal sangat kejam kepada hamba-hambanya. Bilal pernah
disalib di atas pasir dan dijemur di tengah terik matahari dengan badan
ditindihi batu. Untung Bilal ditebus oleh Saiyidina Abu Bakar Assidiq dan
dimerdekakan. Orang Habsyi ini kemudian terkenal sebagai sahabat dekat
Rasulullah s.a.w. dan diangkat sebagai Muazin, tukang azan.
Dalam perang Badar, Umayyah bin Khalaf berhadap-hadapan dengan bekas hambanya
itu. Dan Bilal berhasil membunuhnya dalam pertempuran yang sengit satu lawan
satu. Adapun Khubaib bin Adi diambil oleh Uqbah bin Al-Harits dengan tujuan
yang sama seperti maksud Shafwan membeli Zaid bin Abdutsunah. Iaitu untuk
membalas dendam kebencian mereka kepada umat Islam.
Maka, Zaid diseret menuju Tan'im, salah satu tempat untuk miqat umrah. Di
sanalah Zaid akan menjalani hukuman pancung, sebagai tebus ganti atas sesuatu
yang ia tidak pernah melakukannya, iaitu terbunuhnya Umayyah bin Khalaf,
ayahanda Shafwan. Menjelang algojo menetak parangnya, pemimpin kaum Musyrikin
Abu Sufyan bertanya garang, "Zaid bedebah, apakah engkau senang seandainya
di tempatmu ini Muhammad, sedangkan engkau hidup tenteram bersama keluargamu di
rumah ?"
"Janganlah begitu," bantah Zaid dengan keras. "Dalam keadaan
begini pun aku tidak rela Rasulullah tertusuk duri kecil di rumahnya."
Abu Sufyan menjadi marah. "Teruskan," teriaknya kepada algojo.
Dalam sekelip mata, sebilah parang berkilat di tengah terik matahari dan darah
segar menyembur keluar. Zaid bin Abdutsunah gugur setelah kepalanya dipotong,
menambah jumlah penghuni syurga dengan seorang syuhada' lagi. Di hati Abu
Sufyan dan orang-orang Quraisy lainnya timbul kehairanan akan kesetiaan para
sahabat kepada Muhammad. Sampai tergamam di bibir Abu Sufyan ucapan kagum,
"Aku tidak perna menemukan seorang yang begitu dicintai para sahabat
seperti Muhammad."
Sesudah selesai pemancungan Zaid, datang pula rombongan lain yang menyeret
Khubaib bin Adi. Sesuai dengan hukum yang berlaku di seluruh Tanah Arab, kepada
pesalah yang dijatuhi qisas mati diberikan hak untuk menyampaikan permintaan
terakhir. Demikian juga Khubaib. Da’ie yang bestari ini meminta izin untuk
solat sunnah dua rakaat. Permohonan tersebut dikabulkan. Dengan khusyuk dan
tenang, seolah-olah dalam suasana aman tenteram tanpa ancaman kematian, Khubaib
melaksanakan ibadahnya sampai selesai. Setelah salam dan mengangkat dua tangan, ia
berkata, "Demi Allah. Andaikata bukan kerana takut disangka aku gentar
menghadapi maut, maka solatku akan kulakukan lebih panjang."
Khubaib disalib dahulu lalu dihabisi sepertimana dilaksanakan ke atas Zaid
bin Abdutsunah. Jasadnya telah lebur sebagaimana jenazah lima sahabatnya yang
lain. Namun semangat dakwah mereka yang dilandasi keikhlasan untuk menyebarkan
ajaran kebenaran takkan pernah padam dari permukaan bumi. Semangat itu terus
bergema sehingga makin banyak jumlah pendakwah yang dengan kekuatan sendiri,
atas biaya peribadi, menyelusup keluar-masuk pedalaman berbatu-batu karang atau
berhutan-hutan belantara buat menyampaikan firman Tuhan menuju keselamatan

Subscribe to:
Post Comments (Atom)