
Friday, 15 June 2012
Apple Maps
Apple Maps adalah aplikasi pemetaan terbaru buatan Apple sendiri, diperkenalkan ketika acara World Wide Developer Conference 2012 (WWDC2012) di San Francisco. Kemunculan Apple Maps adalah sebagai inisiatif Apple untuk mencipta sendiri aplikasi pemetaan mereka lalu mengurangkan pergantungan kepada Google Maps, dari perspektif lain untuk mengelak persamaan dengan peralatan Android yang dipandang rendah oleh Apple. Dalam Apple Maps, ia akan diintgerasikan dengan Siri selain turut memuatkan lebih dari 100 outlet (business listings).
Jika anda tersesat atau mahukan panduan arah, mahu mencari sesuatu
kedai atau mahu mencari sesuatu outlet perkhidmatan, aktifkan Siri dan
arahkan Siri untuk menunjukkan arah semuanya dengan arahan suara tanpa
perlu menyentuh skrin khususnya ketika sedang memandu. Juga terdapat
paparan 3D dalam Apple Maps membolehkah penggunanya
melihat rupa bentuk bangunan, landskap dan landmark untuk memudahkan
pencarian arah sepertimana dalam gambar di atas.
Ketika Anda sedang berada di dalam jalan raya penuh sesak, Apple Map
akan memberikan cadangan laluan arah yang boleh diambil untuk Anda
keluar dari laluan sesak itu bergantung pada keadaan trafik. Semua ini
Anda boleh kawal melalui skrin iPhone/iPad walaupun berada dalam mod lock screen. Apple Map akan dimuatkan ke dalam iOS6
dan hanya akan di berikan kepada pengguna biasa sekitar musim panas
ini, tepatnya pada dalam satu jangka masa khusus antara Julai-Oktober
2012. Versi yang ada sekarang ini cuma diperkenalkan terlebih dahulu
kepada pembangun/programmer untuk mereka melihat Apple Maps dari perspektif seorang pembikin perisian.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)