
Friday, 15 June 2012
Laptop Paling Ringan: Gigabyte X11
Gigabyte kini menyertai Acer, Samsung dan Asus dalam persaingan mengeluar ultrabook terbaru. Kini Gigabyte memunculkan ultrabook mereka yang diberi nama Gigabyte X11, dibina dari bahan karbon fiber menjadikannya sangat ringan. Dari apa yang kami baca, Gigabyte X11 kini dinobatkan sebagai ultrabook paling ringan di dunia bahkan merupakan satu-satunya ultrabook pertama dibina dari karbon fiber secara keseluruhan berbanding ultrabook lain yang kebanyakannya dibina dari gabungan plastik serta aluminium. Gigabyte X11 beroperasi menggunakan cip Intel generasi ketiga dibina dari kejuruteraan Ivy Bridge,
memiliki skrin bersaiz 11.6 inci dengan resolusi maksima 1366 x 768
piksel. Ukuran paling nipis pada badannya adalah 3mm di bahagian depan
dan ukuran paling tebal pula adalah 16.5mm di bahagian belakang
berdekatan kompatmen bateri. Kenipisan ini menyaingi kenipisan milik
Asus ZenBook. Harga Gigabyte X11 di Malaysia dijangka berada pada paras RM3,000-RM3,900 dan dijangka tiba sekitar Julai 2012.
Gigabyte X11 memiliki RAM 4G dibina dari jenis DDR3,
cakera keras SSD sebanyak 128GB, satu palam USB 3.0, satu palam USB2.0,
palam Mini Display, grafik asas Intel HD Graphics 4000, slot untuk
memasukkan kad memori MicroSD, capaian Wifi, Bluetooth 4.0 dan palam
audio untuk pencucuk earphone serta mikrofon. Kamera digital pada
monitor Gigabyte X11 dipasang lensa 1.3 megapiksel,
keyboardnya memuatkan fungsi QWERTY penuh, dilengkapi mouse trackpad
“fiber glass” pertama pada sebuah ultrabook. Pasti tahan lasak.
Keseluruhan kerangka luar Gigabyte X11 dibina dari
karbon fiber kecuali pemegang skrin yang menyambungkan skrin dengan
badan ultrabook ini. Hanya bahagian itu diperbuat daripada aluminium.
Versi Windows yang dimasukkan padanya tidak dinyatakan, kami rasa ia menggunakan Windows 7 sepertimana ultrabook lain yang kami jumpa sebelum ini. Hanya ada dua versi dijual – Gigabyte X11 Woven Diamond ataupun Gigabyte X11 Black Diamond. Ultrabook
ini disasarkan untuk golongan professional, golongan usahawan dan
pengguna laptop tegar yang mahukan kepantasan sistem digabung dengan
imej serius.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)