
Friday, 15 June 2012
Asus Transformer AIO
Biasanya kita cuma dengar desktop pc all in one (AIO) tapi kini sudah
ada tablet all in one menggabungkan Android dan Windows 8 dalam satu. Asus memperkenalkan tablet terbaru mereka dengan ciri sedemikian, di namakan Asus Transformer AIO bersaiz 18.4 inci, mempunyai fungsi dual boot untuk pengguna memilih sama ada mahu mengaktifkan Windows 8 ataupun Android
ketika alat ini mula dihidupkan. Saiznya memang agak besar – nampak
sesuai untuk kegunaan di rumah juga di pejabat namun ia kurang sesuai
untuk dijadikan gajet peribadi memandangkan saiznya yang sangat besar
berbanding tablet biasa. Tablet ini adalah jenis ‘dockable‘
yang boleh di angkat ke mana-mana dan diletak menegak di atas dock
untuk menonton atau menikmatik hiburan seperti dalam gambar di atas.
Skrin Asus Transformer AIO adalah jenis LED-backlit
dengan fungsi sentuhan jari, sebuah butang tersedia untuk pengguna
bertukar ke fungsi Android jika tidak mahu menggunakan fungsi Windows 8.
Spesifikasi hardware yang lengkap, jumlah resolusi skrin, kepantasan
cip, tarikh pelancaran dan harga tidak diberitahu oleh Asus. Kemunculan Asus Transformer AIO menandakan era transformasi tablet sebagai alat perkomputeran dominan menggantikan laptop juga desktop pc.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)