Saturday, 30 June 2012

Bahaya Menggunakan Arus Elektrik

0 comments

PENGGUNAAN arus elektrik walaupun tidak bersifat memupus tetapi ia berbahaya kepada pengendalinya. Walaupun pernah dibuat penyelidikan di Eropah mengenai kaedah penangkapan ini, namun ia tidak dapat diterima oleh pihak berkuasa perikanan serta masyarakat nelayan di sana kerana risikonya lebih besar daripada kebaikan yang diperolehi. 

Di negara ini sudah ramai penangkap ikan yang menggunakan kaedah ini merasa penangannya dan ada yang dilaporkan di akhbar. Tentunya kita masih ingat satu kes yang tersiar di akhbar di mana seorang peneroka rancangan tanah di Pahang meninggal terkena arus elektrik ketika menjalankan aktiviti ini. Juga ada dinyatakan bagi ikan-ikan yang menerima kejutan elektrik yang tinggi mungkin mengalami gangguan pembiakan kerana kerosakan sistem tubuhnya seperti juga manusia yang pernah mengalami kejutan elektrik. 

Di samping itu, ikan berkenaan tentunya berhijrah ke tempat lain kerana 'phobia'. Sesungguhnya kaedah-kaedah ini adalah diharamkan dan berbahaya tetapi tidak ramai daripada kita yang menyedarinya. 



Leave a Reply

Labels