Saturday, 30 June 2012
Menuba Kimia Secara Curahan dan Kesannya
Kita sering menatap berita-berita yang menyedihkan bagaimana ikan-ikan
baik yang diternak atau yang hidup liar mati akibat diracun dan kita sering
juga melihat ramai di kalangan kita yang mengutip ikan berkenaan untuk
dimakan - bagi mana-mana yang boleh dimakan. Tapi bagaimanakah selamatnya
memakan ikan-ikan ini?
Sejarah menuba sebenarnya bermula sejak dulu lagi.
Ia lebih merupakan satu pesta rakyat di mana semua penduduk dan pembesar
terbabit. Biasanya kawasan yang hendak dituba dikenal pasti dan disempadankan
menggunakan tali yang merentangi sungai berkenaan. Tali ini adalah sempadan
dengan ikan yang mengalami kesan tubaan.
Tuba yang digunakan ialah tuba
tradisional dan penuba berkenaan selalunya berupaya menawar (membuang bisa)
air tuba berkenaan. Tuba tradisional ini berasal daripada tumbuhan hutan
yang dikenali tuba akar. Satu lagi ialah tuba isi (isinya bertongkol-tongkol
di pangkal dan berbentuk seperti ubi kentang). Ia tidak memberikan kesan
kepupusan kerana keracunannya hanya memeningkan ikan di air. Selepas beberapa
ketika apabila air baru sudah bercampur dengan air yang sudah dituba (kepekatan
tuba berkurangan), ikan berkenaan akan kembali segar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































