Fakta-fakta penting berkenaan PCOS
- Polycystic ovarian disease
atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku
ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap
kitaran haid dan ovulasi.
- Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS.
- Kajian
menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS
dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap
PCOS.
- Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi.
- Antara
tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang
mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan.
- PCOS
terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan
budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan
penyakit keturunan.
- Ramai wanita mengalami gejala atau simtom
yang berbeza diantara satu sama lain yang kadang-kadang membuatkan
diagnosa secara klinikal menjadi sukar untuk dibuat.
- Ada juga
yang mempunyai simtom yang terlalu ringan seperti jerawat kecil ada juga
yang mempunyai simtom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan
pada muka dan keguguran rambut.
- Untuk membuat diagnosa PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami sekurang-kurangnya 2 dari criteria berikut:
- Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
- Tahap hormon androgen yang tinggi, atau
- Polycystic Ovari
- Diagnosa
PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua
atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.
- PCOS
memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti
disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang
tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.
- PCOS adalah
penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang
boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan
sendirinya.
- Rawatan bergantung kepada samada wanita berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.