Hysterosalpingografi (HSG)
Bagi mereka yang mengalami masalah infertiliti, mereka terpaksa melalui
pelbagai ujian untuk mengetahui punca atau sebab mengapa mereka gagal
hamil. HSG adalah ujian yang kerap dilakukan dan ia boleh menolong
menjelaskan masalah rahim dengan lebih jelas dan juga boleh menolong
membuat keputusan tentang rawatan yang terbaik.
Apa itu HSG?
HSG
adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur
peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran
bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan
disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan
seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada
pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem
peranakan anda.
Apa yang boleh dikesan oleh HSG?
Secara
umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada rahim dan
salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan pada pada
salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan
saiz rahim anda. Walaubagaimanapun ia juga boleh mengesan fibroid atau
polip dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut
disekitar ruang pelvis
HSG dan kehamilan
Disamping berupaya
untuk mencari masalah salur peranakan dan rahim, ia juga didapati
meninggikan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita. HSG kadang-kadang
menolong menghilang debu dan penyumbatan tidak serius pada salur
peranakan. Ini membolehkan mereka yang mengalami masalah infertili
menjadi hamil selepas HSG.
Prosedur HSG
- Anda akan berbaring diatas meja x-ray dengan lutut membengkok keatas.
- Spekulum akan diletakan didalam faraj untuk mendedahkan serviks ( pangkal rahim)
- Satu tiub plastik akan dimasukkan ke dalam rahim melalui liang serviks.
- Dengan perlahan-lahan dye akan disuntik melalui tiub tadi kedalam ruang rahim
- Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye tersebut.
- Untuk proses terakhir, anda akan di minta untuk mengiring dan gambar x-ray akan diambil sekali lagi.
Selepas
x-ray terakhir diambil, anda akan diminta untuk berbaring selama
beberapa minit. Mungkin anda akan terasa sedikit kejang pada perut
tetapi tidak lama. Selepas beberapa minit, anda akan diminta untuk
menukar pakaian dan keputusan selalunya akan tersedia 15-20min selepas
itu.