Komplikasi HSG
Seperti juga ujian diagnostik yang lain, terdapat beberapa komplikasi yang dikaitkan dengan ujian ini. Walaubagaimanapun, ia sangat jarang terjadi cuma 1% dari keseluruhan pesakit. Ia termasuklah:- Pendarahan faraj
- Luka pada serviks
- Pengsan
- Jangkitan kuman pada rahim
- Alahan terhadap dye
- Keputusan
Selepas HSG
Sekiranya normal bermaksud anda tidak mengalami masalah dengan salur peranakan dan rahim. Doktor mungkin akan menyarankan ujian lain untuk mencari sebab lain terhadap masalah kesukaran hamil anda atau berganjak kepada rawatan seterusnya seperti IUI.Keputusan tidak normal, bermaksud terdapat masalah pada salur peranakan atau rahim dan rawatan bergantung kepada masalah spesifik yang dikesan yang menjadi penyebab kepada ketidaksuburan anda.
