Monday, 11 June 2012
Kain Kafan Dari Rasulullah SAW
Seorang wanita datang kepada Rasulullah S.A.W. Ia menyerahkan kain yang
ditenunnya sendiri dan diserahkan kepada Nabi S.A.W sebagai rasa cintanya
kepada Rasul. Dengan senang hati Rasulullah SAW menerima pemberian itu dan
memakainya. Dengan memakai kain pemberian wanita itu, Nabi SAW keluar menemui
sahabatnya. Salah seorang daripada sahabat melihat begitu indahnya kain yang
dipakai Nabi, lalu berkata,
"Wahai Rasulullah, alangkah indahnya kain yang engkau pakai itu. Betapa senangnya jika
aku memakainya," ujarnya.
"Baiklah," jawab Nabi S.A.W ringkas.
Setelah keluar dari suatu majlis, Rasulullah S.A.W datang lagi ke tempat
itu, tetapi tidak lagi menggunakan kain tenun yang baru dipakai itu. Kain
pemberian wanita itu berlipat di tangannya, dan kemudian diserahkan kepada
sahabat yang memujinya tadi.
"Terimalah kain ini dan pakailah," ujar Rasululah S.A.W.
Melihat peristiwa itu, ramai sahabat yang mencela lelaki itu. Kain
pemberian wanita itu sangat disenangi Nabi kerana itu dipakainya, tetapi Nabi
tidak pernah menolak permintaan seseorang.
"Mengapa engkau masih memintanya ?" sungut para sahabat.
Apa jawab sahabat yang meminta kain kepada Rasulullah S.A.W,
"Saya minta kain itu bukan untuk saya pakai, melainkan untuk saya
gunakan untuk kain kafanku."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


































