Monday, 25 June 2012

Kebal Terhadap Clomid

0 comments

 

Kebal terhadap Clomid

Terdapat keadaan di mana pesakit masih tidak mengalami ovulasi walaupun dos yang diambil sudah mencapai takat maksima. Ini menunjukkan badan pesakit tidak bertindak balas terhadap clomid sebagaimana yang sepatutnya. Keadaan sedemikian selalunya terjadi pada pesakit PCOS yang mempunyai tahap hormon DHEAS yang tinggi dan mereka yang kebal terhadap insulin.

Ia juga lebih kerap terjadi pada mereka yang mempunyai BMI (Body Mass Index) lebih daripada 27 dan pesakit yang mengalami hyperprolactinemia.


Rawatan bagi kebal terhadap Clomid

Bagi mereka yang mengalami PCOS, rawatan mengunakan ubat Metformin mungkin akan disarankan. Sebaik-baiknya ubat ini dimakan untuk 3 hingga 6 bulan sebelum cuba mengambil clomid semula. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa selain meningkatkan kadar ovulasi, pengambilan metformin dan Clomid dalam masa yang sama boleh meningkatkan kadar kehamilan dan mengurangkan risiko keguguran.

Jika BMI anda adalah lebih daripada 27, doktor anda mungkin mencadangkan agar anda mengurangkan berat badan sebelum mencuba semula Clomid. Kekurangan 10% daripada berat badan semasa anda boleh meningkatkan keberkesanan Clomid.

Bagi mereka yang mempunyai hyperprolectinemia pula, rawatan dengan Bromocriptine atau Dostinex akan diberikan. Ia boleh diambil sama ada secara bersendirian atau gabungan dengan Clomid bagi membolehkan peningkatan kadar ovulasi.

Bagi pesakit PCOS yang mempunyai tahap DHEAs yang tinggi, doktor mungkin akan menyarankan pengunaan ubat dexamethasone untuk mengurangkan tahap rembesan hormon dan seterusnya menjana pertumbuhan folikel.

Ovarian drilling adalah satu pembedahan yang kerap disarankan kepada mereka yang kebal terhadap Clomid, tetapi rawatan ini selalunya dibuat sebagai jalan terakhir kerana ia  melibatkan risiko komplikasi pembedahan. Jika doktor anda mencadangkan Ovarian drilling (dimana ovari anda akan ditebuk untuk memecahkan cyst) anda dinasihatkan mempersoalkan pilihan itu kerana terdapat pilihan lain yang lebih mudah dan selamat.

Salah satu cara tambahan kepada mereka yang kebal terhadap clomid ialah dengan memberikan ubat pil perancang selama 1 hingga 2 bulan sebelum mencuba clomid semula. Walaupun preskripsi ini agak bertentangan kerana ia mencegah ovulasi dari berlaku, tetapi kajian perubatan telah menunjukkan hasil yang baik iaitu lebih dari 65% daripada wanita kebal Clomid mengalami ovulasi selepas rawatan ini. Ini mungkin disebabkan pil perancang boleh menstabilkan ketidakseimbangan hormon dan seterusnya merangsang kematangan telur.





Leave a Reply

Labels