Apa maksudnya kehamilan kimia ini terhadap anda.
Sekiranya anda mengalami kehamilan kimia, jadikan ia sebagai berita yang baik kerana ia menunjukkan yang anda berupaya untuk hamil, cuma mungkin masa belum mengizinkan.Sekiranya anda gugur ia bukan bermaksud anda sukar hamil kerana keguguran awal kerap dikaitkan dengan janin yang tidak sihat .
Kebanyakkan dari pesakit yang mengalami keguguran awal akan mengalami kelahiran anak yang sihat pada kandungan akan datang.
Kehamilan kimia bukan salah satu tanda ketidaksuburan atau menunjukkan yang anda dan suami mempunyai masalah genetik.
Sekiranya anda mengalami kehamilan kimia melebihi 3 kali, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
