Kesuburan dan Kehamilan Kimia
Apabila telur disenyawakan dan tertanam pada dinding rahim, badan kita
akan mula merembeskan hormon yang dipanggil hCG. Sekiranya berlaku
keguguran, sebelum tarikh haid anda yang akan datang, ia dipanggil
chemical pregnancy atau kehamilan kimia.
Disebabkan ia gugur
terlalu awal, ujian ultrasounds selalunya gagal mengesan kehamilan ini
dan satu satunya cara untuk mengetahui dengan tepat ialah mengukur tahap
hormon hCG dalam darah.
Kadang kadang ujian air kencing juga
boleh mengesan kehadiran kehamilan kimia ini tetapi bergantung kepada
tahap sensitiviti UPT tersebut.
Keguguran awal sebenarnya sangat kerap terjadi dan kebanyakkan wanita
tidak perasan yang mereka sebenarnya hamil kerana ia terjadi pada
sekitar masa yang sama haid anda yang seterusnya.
Statistik menjangkakan 50-60% dari kandungan pertama berakhir dengan kehamilan kimia.