Saturday, 30 June 2012
Kekalkan Ikan Segar
BAGI kaki pancing, apabila
keluar memancing, tong air batu atau tempat
Menyimpan ikan ibarat satu kewajiban. Jika tidak, ikan yang dikail cepat
busuk. Ada beberapa tips untuk mengekalkan kesegaran ikan.
Pertama,
menggunakan
uncang jaring. Uncang biasa digunakan jika memancing di kawasan
berhampiran
rumah. Ikan yang dikail dimasukkan ke dalam uncang jaring dan direndam
semula ke dalam air bagi membiarkan ikan itu terus hidup. Bagaimanapun
saiz ikan terhad kepada yang kecil (kurang lima kilogram). Ikan bersaiz
besar tidak sesuai dimasukkan ke dalam uncang jaring kerana jika
meronta,
jaring koyak dan ikan terlepas.
Cara kedua dan paling biasa digunakan
ialah kotak air batu. Ia
paling banyak digunakan terutama jika memancing di laut untuk dua atau
tiga hari. Ikan yang dikail terus dimasukkan ke dalam tong air batu
supaya
sentiasa segar walaupun sudah mati. Ada banyak saiz dan kualiti kotak
menyimpan
ikan yang diperbuat daripada gentian kaca atau plastik. Jadi
berhati-hatilah
jika membelinya. Biar alah membeli, menang memakai.
Cara ketiga banyak
diamalkan oleh pemancing yang pergi ke hutan
lebih empat hari. Untuk membawa tong ikan adalah tidak praktikal kerana
sukar mengangkutnya. Oleh itu, ikan yang dipancing perlu disiang
termasuk
membuang perut dan insang sekali. Sebaik-baiknya ikan yang disiang
dielak
daripada terkena air. Ikan yang sudah disiang ditabur sedikit garam
sebelum
disimpan di dalam bekas simpanan, biasanya tin biskut. Selain itu, ada
pemancing memasukkan surat khabar di dalam perut
ikan yang disiang bagi mengelakkan ia menjadi busuk.
Cara keempat ialah
dengan membunuh segera ikan yang diperolehi. Cara ini banyak diamalkan
terutama Amerika Syarikat, Kanada dan sebahagian Eropah. Caranya ialah
membunuh ikan secara mengejut menggunakan besi tajam.
Ikan itu dibunuh dengan menghentak besi tajam di bahagain kepala iaitu
antara mata ikan berkenaan (di mana terletaknya otak). Dengan sekali
hentakkan,
besi tajam tadi akan menembusi tengkorak dan mencederakan ikan. Rasional
cara ini ialah ikan yang mati secara perlahan akan mengeluarkan
sejenis hormon dari otak. Hormon ini bertindak sebagai perangsang untuk
mempercepat proses pereputan protein. Jadi, jika ikan mati secara
mendadak,
otak ikan tidak sempat merangsang pengeluaran hormon berkenaan.
Bagaimanapun,
cara ini hanya digunakan ke atas ikan yang besar sahaja.
(Sumber
rujukan:
Majalah Wawasan Pertanian).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































