Saturday, 30 June 2012
Petua Kaki Pancing: Awan sejengkal, ribut akan tiba
SEBAGAI kaki pancing yang sering berada di laut, anda berdepan
risiko dilanda ribut. Ia yang datang secara tiba-tiba biasanya membahayakan
pemancing terutama yang menaiki bot kecil.
Oleh itu, sebagai kaki pancing, anda wajar mengetahui jangka masa
ribut akan tiba di lokasi anda. Ini penting untuk membolehkan anda membuat
keputusan sama ada berlindung di pulau atau kembali ke pantai.
Menurut,
Adnan Osman yang berasal dari Langkawi, Kedah, jika anda nampak awan hitam
separas dengan laut ia bermakna ribut masih jauh dan memakan masa yang
panjang sebelum tiba di tempat anda.
Dalam keadaan ini, biasanya anda masih
mempunyai masa kembali ke pantai. Tetapi jika awan hitam berada pada paras sejengkal atau lebih
daripada paras laut, ribut berkenaan sudah begitu hampir.
Oleh itu, segera
berhenti memancing kerana ribut akan tiba dalam masa tidak sampai satu
jam. Anda perlu segera mencari tempat berlindung. Pastikan anda memakai
jaket keselamatan.
Oleh itu, jika anda menggunakan bot kecil dengan kelajuan
rendah anda patut berwaspada apabila berdepan dengan keadaan ini. Justeru
anda dinasihat supaya kerap memerhatikan awan berdasarkan tips di atas.
Jangan kerana leka memancing, anda lupa soal keselamatan diri sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































