Monday, 25 June 2012

Komplikasi Endometriosis

0 comments

 

Komplikasi Endometriosis

Masalah yang sering dihidapi oleh mereka yang mengalami endometriosis ialah:
  • Sakit senggugut
  • Sakit pada ari-ari
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Sukar Hamil
Tahap sakit pada pelvis yang disebabkan oleh endometriosis adalah berbeza-beza. Ia mungkin sakit sederhana yang sentiasa ada sepanjang masa dan mungkin juga sakit yang sungguh teruk yang menyerang sekali-sekala. Ia mungkin juga mungkin bertempat di kawasan ari-ari sahaja dan ada juga yang sakit sampai belakang pinggang.
Kadang-kadang tahap kesakitan tidak berkait langsung dengan keadaan atau keterukan endometriosis. Ada yang mengalami sakit yang luar biasa tetapi mempunyai endometriosis tahap ringan dan, ada juga yang mengalami endometriosis yang begitu teruk, tetapi tidak mengalami apa apa simtom.

Simtom-Simtom Lain Yang Jarang-Jarang

  • Sakit semasa membuang air besar atau keluar darah dari dubur semasa haid
  • Sembelit
  • Sakit semasa pemeriksaan pelvis
  • Sakit dan kerap kencing
Ini selalunya berkaitan dengan tempat dimana terdapat endometriosis.




Leave a Reply

Labels