Teori berkaitan endometriosis
Ada beberapa teori yang hangat diperkatakan berkaitan dengan endometriosis ini seperti:Aliran Darah Haid Yang Terlanjak Kebelakang: Secara normal apabila haid berlaku, darah haid akan keluar melalui serviks dan vagina tetapi 70% dari wanita didapati mempunyai sedikit darah didalam salur fallopia dan didalam ruang pelvis dan darah tersebut mungkin mengandungi sedikit tisu endometrium. Tisu ini kemudiannya menjadi hidup dan endometriosis terjadi. Persoalan bagaimana ia cuma berlaku kepada segelintir wanita tidak dapat diperjelaskan tetapi ia mungkin berkaitan dengan sistem imun wanita dan daya tahan badan untuk mengelak dari mendapat endometriosis.
Teori Metaplasia pula menyarankan bahawa rahim, salur fallopia dan ovari berasal dari tempat yang sama semasa janin jadi endometriosis mungkin terjadi kerana sesetengah sel-sel endometrium mungkin tersesat ketempat lain dan menjadi endometrisis.
Teori Vascular mengatakan bahawa,tisu tersebut dibawa ketempat lain melalui darah, dan itula sebabnya endometriosis juga boleh didapati didalam para-paru.


































