Stress @ ketegangan adalah sebarang
jenis tekanan yang mempengeruhi kehidupan seharian anda. Kesan ‘stress’ mungkin
baik ataupun buruk adalah bergantung kepada reaksi anda terhadap ‘stress’ yang
dihadapi.
Dari Mana Datangnya ‘Stress’
Stress mungkin berasal daripada
rumahtangga, tempat kerja, keadaan kesihatan ataupun sikap diri anda sendiri.
Bagaimana Badan Anda Bertindakbalas Terhadap “Stress’
- Rerambut badan menegak
- Berpeluh
- Anak mata membesar
- Mulut kering
- Paru-paru menjadi lemah
- Otot badan menjadi
- Jantung berdenyut dengan
cepat dan kuat
- Tekanan darah meningkat
- Kandungan gula meningkat
- Darah membeku dengan cepat
- Penghadaman terhenti
Cara Untuk Kurangkan ‘Stress’
- Berikan masa untuk diri
sendiri
- Cuba libatkan diri dalam
aktiviti yang disukai
- Bersiar-siar, melancong berkelah dan membuat
lawatan
- Kurangkan bebanan tugas:
- Agihkan beban kerja di tempat kerja atau
dirumah
- Buat kerja mengikut keutamaan
- Buat satu kerja
dalam satu masa
- Minta bantuan
dari rakan-rakan @ ahli keluarga
- Menjaga kesihatan:
- Beriadah @ bersenam
- Tidur yang mencukupi
- Elakkan dari merokok, minuman keras
- Rehat jika letih
- Melatih teknik relaksasi @ meditasi
- Bentuk sikap’selfwateness’ @ sedar
- Sentiasa puas dengan diri sendiri
- Jangan lakukan sesuatu di luar keupayaan anda
- Luahkan perasaan anda
- Menyemai sikap kerjasama, toleransi
‘assertive’
- Cakap dengan perlahan dan
lebih mendengar
- Gunakan ‘INGIN’ dari ‘MESTI’
- Berbincang dengan orang yang dipercayai
- Berfikir dulu sebelum bertindak
- Membina keluarga bahagia
Senaman Relaksasi (Untuk Keadaan Runsing, Sukar Tidur Dan Semasa Tekanan
Jiwa)
Langkah-langkah berikut adalah satu
prosedur yang membolehkan totot dalaman mencapai tahap relaksasi dengan cepat.
Setiap langkah mestilah diulangi sekurang-kurangnya sekali, tegangkan setiap
kumpulan otot selama 5 hingga 7 saat kemudian relaks selama 20 hingga 30 saat. Perhatian
perbezaan antara sensasi tegang dan relaksasi.
1.
Duduk @ baring
dalam posisi yang selesa. Tarik nafas sedalam yang boleh kemudian hembus nafas.
Tutup
mata secara perlahan-lahan dan lembutkan badan.
2. Alihkan perhatian di bahagian kaki dan otot kaki.
Bengkokkan jari kaki dan tapak kaki menjadi melengkung. Cuba rasakan ketegangan tersebut dan kemudian relaks. Anda boleh merasakan
perbezaannya apabila anda relaks otot.
3. Tegangkan seluruh anggota bawah termasuk betis, lutut,
peha dan pinggang. Tahan ketegangan ototo buat seketika
waktu dan kemudian relaks keseluruhan otot tersebut. Anda bernafas secara perlahan-lahan supaya anda dapat merasakan relaksasi
secara mendalam.
4. Regangkan abdomen, tarik perut dan dada ke dalam sehingga
anda dapat rasakan di belakang badan anda. Tahan
Cuba-cubalah teknik yang disebut di
atas. Semoga kita semua tidak lagi stress hendaknya.