Bertenang dan jangan cemas
Anda perlu bertenang dan jangan cemas. Tiada faedah yang akan
diperolehi sekiranya anda cemas keterlaluan. Belajar disaat akhir juga
memerlukan strategi yang betul. Ini kerana masa yang anda adalah terhad.
Selepas bertenang buat penilaian apa tindakan yang akan diambil
seterusnya. Rancang tindakan yang akan anda diambil dan disiplinkan diri
untuk mengikut perancangan yang dibuat.
Beri tumpuan lebih terhadap pembelajaran
Letakkan seluruh tumpuan fikiran anda kepada proses pembelajaran yang
anda lakukan. Jangan terlalu memikirkan bahawa anda kesuntukan masa.
Hafal perkara yang sepatutnya dihafal seperti biasa dan jangan
melengah-lengahkan masa belajar.
Meskipun anda cuba mengenepikan ketakutan dan kegelisahan yang anda
alami itu, tetapi lama-kelamaan perasaan itu akan datang semula.
Sekiranya hal ini berlaku, cuba alihkan diri anda dari tempat belajar
untuk melakukan senaman ringan seperti berdiri sambil menarik dan
melepaskan nafas panjang-panjang secara perlahan-lahan beberapa kali.
Kemudian duduk semula dan cuba teruskan pembelajaran anda. Cara ini
sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan perasaan anda yang tidak
tenteram itu.
Yakin terhadap kebolehan diri
Selalu tanamkan dalam diri anda bahawa “saya boleh” dan tulis
besar-besar dan terang dan letakkan di hadapan anda (di tempat anda
belajar). Tiap-tiap kali anda melihat kad itu anda yakin bahawa anda
boleh berjaya. Sekiranya anda dapat menanamkan dalam diri anda bahawa
anda bekeyakinan penuh boleh melakukan, maka secara sepontan anda
berusaha bersungguh-sungguh dan mental anda dapat berfikir ke arah
kejayaan dan apa-apa yang anda cita-citakan selama ini akan membuahkan
kejayaan yang membanggakan.
Masa rehat perlu secukupnya
Semasa belajar anda berasa cepat letih, sama ada dari segi fizikal
atau mental. Ambil masa untuk otak anda berehat sepenuhnya. Anda juga
digalakkan bangun dan cuba berjalan-jalan sebentar dan setelah merasakan
kelegaan barulah anda menyambung semula pembelajaran anda.
Hapuskan tabiat suka tidur
Sebaiknya para pelajar tidak terlalu melayan keinginan untuk tidur
dari belajar. Kurangkan waktu tidur anda demi meraih satu kejayaan.
Gunakan lebih banyak masa mengulangkaji pelajaran di samping melakukan
latihan-latihan sendiri supaya anda berkeyakinan. Jadualkan masa tidur
anda supaya anda tidak terlebih tidur. Sekiranya anda hendak tidur
beberapa jam, anda pelu mengunci jam dan letakkan jam loceng berhampiran
anda supaya anda terjaga pada waktu yang dikehendaki.
Masa-masa beginilah yang paling sesuai agar tidak akan diganggu.
Penumpuan tenaga dan fikiran terhadap pembelajaran juga akan menjadi
mudah. Keadaan ini tidak mendatangkan masalah kerana kajian yang pernah
dibuat menunjukkan bahawa kecerdasan berfikir dan keupayaan membuat
keputusan tidak terjejas berikutan dengan pengurangan waktu tidur yang
dilakukan.
Tidur merupakan waktu rehat yang paling baik dalam persediaan
menghadapi peperiksaan. Tetapi ramai pelajar membawa masalah pelajaran
ke tempat tidur dan memikirkan pelbagai perkara tentang masalah ini.
Akibatnya mereka mengalami gangguan tidur dan ada yang tidak dapat tidur
langsung. Pada keesokan harinya, pelbagai perkara akan berlaku seperti
berasa pening, tidak selesa dan tidak tenteram kerana ketegangan fikiran
dan kelesuan tubuh badan. Ini boleh menjejaskan prestasi mereka pada
hari peperiksaan. Sekiranya mereka terpaksa menghadapi peperiksaan pada
hari itu, mungkin mereka tidak dapat berfikir dengan tenang seterusnya
akan menjejaskan ketepatan jawapan yang diberikan.
Jangan mengambil sebarang ubat yang meragukan
Pengambilan sebarang ubat mengganggu sistem saraf dan menyebabkan
keadaan menjadi tegang dan mudah terangsang. Anda tidak perlu lagi
mengambil sebarang pil peransang atau ubat-ubatan yang diragukan
kesahihannya untuk mencegah tidur. Dapatkan nasihat doktor sekiranya
anda hendak mengambil pil-pil sedemikian. Jangan sesekali bertindak
sendirian. Ini akan membahayakan anda.
Ubat peransang menyebabkan keletihan yang melampau. Ubat peransang
sedemikian mematikan segala perasaan dan keinginan. Melalui ubat-ubat
seperti ini, anda mungkin tidak dapat mengesan keletihan yang melampau
secara terus. Ubat-ubat ini meransang anda untuk terus belajar tanpa
rasa keletihan tetapi kesan yang bakal diterima menjadi lebih buruk
setelah habis belajar.
Selain itu, elakkan juga dari meminum minuman berkafein seperti kopi
atau teh yang berlebihan. Kesannya sama seperti memakan pil peransang
yang menyebabkan kesan-kesan negatif seperti tangan menggeletar, tumpuan
terjejas. Dalam keadaan yang tertentu mungkin menyebabkan lupa selain
daripada kesan-kesan negatif yang lain. Seeloknya untuk mengawal rasa
mengantuk, amalkan meminum lobak susu kerana ia akan mencergaskan lagi
otak untuk berfikir.
Beri tumpuan lebih kepada bab yang penting
Dalam keadaan sebegini, anda hanya sempat mempelajari
bahagian-bahagian yang penting sahaja. Jangan beri tumpuan berlebihan
kepada bahagian-bahagian yang kurang penting. Cuba pilih lima atau enam
isi penting daripada satu-satu bahagian dan tuliskan isi-isi penting ini
di atas kertas dan cuba ingat serta hafalkan. Anda tidak mempunyai masa
yang cukup untuk mempelajari butir-butir yang kurang penting. Banyakkan
membuat soalan-soalan tahun lepas yang sering keluar sebagai latihan
dapat membantu anda menumpukan bahagian yang patut dipelajari terlebih
dahulu. Cuba pilih soalan-soalan yang mesti dijawab dan sediakan
sekuarng-kurangnya enam atau tujuh isi dari setiap soalan yang anda
pilih.