Saturday, 30 June 2012
Petua Kaki Pancing: Minta Izin Sebelum Mengail
PETUA kaki pancing
Terengganu, Alwi Ali, 52, iaitu pastikan setiap
kali keluar rumah untuk memancing ialah beritahu isteri atau keluarga,
begitu juga majikan. Selain itu, pastikan semua urusan dibereskan.
"Jangan meninggalkan masalah di rumah. Ini termasuk meninggalkan
duit belanja dan keperluan sekolah anak-anak," katanya yang turut
menasihatkan
kaki pancing supaya memperolehi umpan di laut kerana ia adalah umpan
segar
dan yang terbaik untuk ikan di situ.
Pilihlah sotong, kembung atau selar
sebagai umpan, katanya. Mengenai awan, Alwi berkata, awan hitam pekat
biasanya akan membawa
bersama ribut dan hujan tetapi dalam masa yang singkat. Dalam tempoh
sejam
ia akan reda dan kembali tenang.
"Ribut ini datang bersama angin dari
arah
barat laut dan muncul secara tiba-tiba," katanya sambil menasihatkan
jika
awan hitam kelihatan, pemancing perlu segera kembali semula ke darat
bagi
mengelak sebarang kejadian tidak diingini. Ketika ribut, kilat turut
memancar dan kelihatan seolah-olah mencecah
permukaan laut. Lazimnya ribut ini berlaku pada Jun, Julai dan Ogos.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































