Bagaimana prosedur dibuat?
Pesakit diarahkan berpuasa sekurang-kurang 6 jam sebelum prosedur. Ia selalunya dibuat dalam keadaan tidak sedar sepenuhnya. Bergantung kepada apa yang di dapati semasa prosedur, ia mungkin mengambil masa 30 min -2 jam. Pakar bedah akan membuat 2-3 hirisan pada perut, lebih kurang 1 cm panjang dan salah satu hirisan tersebut dibuat pada bahagian pusat. Satu jarum akan dimasukkan pada hirisan pusat tersebut dan gas karbon dioxida akan disalurkan kedalam abdomen untuk menghalang usus dari menganggu penglihatan. Kemudian, satu kamera kecil akan dimasukkan pada hirisan yang sama dan imej yang dirakamkan di dalam perut akan disalurkan kepada TV untuk dilihat oleh pakar bedah. Sekiranya terdapat masalah pada sistem peranakan, pakar bedah mungkin akan membuat satu lagi hirisan untuk prosedur pembedanan pada masa itu juga.