Untuk
berjaya dalam hidup anda perlulah sentiasa berfikir positif setiap hari dan
berfikir apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Jangan sesekali anda
berfikiran negatif kerana fikiran yang negatif boleh menggangu perasaan anda
dan akibatnya anda akan berada dalam keadaan tertekan.
Jadi, bagaimana pula untuk mengekalkan fikiran positif? Berikut
adalah 5 tips bagaimana untuk menjaga fikiran positif yang anda boleh gunakan
atau di amalkan setiap hari.
1. Jangan Komen, Jangan Komplen, Jangan Ngomel
Mengomen dan
mengomplen pada setiap situasi, benda dan perkara adalah perbuatan buruk kerana
anda menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu. Apabila situasi berlaku
di luar jangkaan atau masalah timbul tanpa disangka, jangan komen, jangan
komplen, jangan mengomel sampai ke laut.
Biarkan ia
seadanya, biarkan begitu saja. Dah kita tidak boleh hendak buat apa untuk
mengubahnya. Latih diri anda untuk tidak mempersoalkan. Untuk menjaga fikiran
positif, jangan komen, jangan komplen, jangan ngomel.
2. Berhenti Bercakap Seolah-Olah Anda Tahu
Cakap hanya
apabila anda tahu dan diam apabila anda tidak tahu. Elak banyak bercakap
seolah-olah anda banyak tahu untuk membuat diri anda menonjol, nampak hebat
gitu. Hanya orang dengan harga diri rendah mahu membuat dirinya menonjol sebab
mereka kurang ada kreabiliti.
Banyak bercakap kelebihan diri sendiri adalah sikap negatif, berpunca dari
fikiran negatif, diapikan oleh ego. Hentikan, supaya anda dapat ‘maintain’
berfikiran positif. Bila bercakap, lebihkan menyokong, elak mengkondem!
3. Berhenti Salahkan Luaran, Salahkanlah Dalaman
Berhenti
salahkan seseorang, salahkan Tuhan, salahkan pemimpin, salahkan kawan, salahkan
adik-beradik atau apa saja di luar diri anda. Berhenti menyalahkan atau
menuding jari pada orang lain atas apa yang berlaku. Tips ini berkait dengan
tips pertama tadi. Berhenti mengomen, berhenti mengomplen, berhenti
menyalahkan. Salahkan dalaman iaitu diri anda sendiri kerana tidak berinisiatif
memfokus kepada penyelesaian. Salahkan diri anda kerana tidak memainkan
peranan.
Sebagai contoh,
jika anda dilanda masalah kewangan, salahkan diri sendiri kerana tidak bekerja
kuat dan tidak bekerja dengan lebih bijak. Jika anda wanita dan anda perasan
suami anda tidak melayan anda berbeza dari dulu, salahkan diri sendiri kerana
tidak menjaga kecantikan dan tidak mengambil inisittif mencantikkan lagi
kecantikan sedia ada, untuk menyenangkan hati suami Anda.
4. Jangan Hanya Mahu Dihormati Oleh Semua, Tapi Hormatilah Semua, Walau
Siapapun Dia!
Orang berfikiran negatif hanya mahu dihormati. Orang berfikiran positif
hormat semua orang dan sikap hormat itu tidak dilakonkan, ia lahir dari hati. Setiap
orang disekeliling dihormati tanpa mengira jawatan, harta dan darjat, walau
orang itu makcik cleaner sahaja.
Orang berfikiran
negatif hanya mahu dihormati sebab mereka dikuasai ego. Untuk menjaga fikiran
positif, belajarlah menghormati sesiapa saja. Anda akan perasan anda makin
bersemangat untuk maju ke depan.
5. Ingat Sikap-Sikap Buruk Anda, Tekadlah Mengubahnya
Jika sikap buruk
Anda adalah suka bertangguh, tulis di atas kertas dengan ayat “aku mahu ubah
sikap bertangguh”. Baca tulisan itu berpuluh-puluh kali sehari. Lepas itu, buat
apa yang Anda tulis.
Tiap kali rasa
hendak bertangguh, latih diri untuk tidak bertangguh. Seboleh mungkin, elak
bertangguh, sebagai langkah Anda komited nak mengubah sikap suka bertangguh.
Untuk membina
sikap positif, fikiran Anda kena sama dengan perbuatan dan percakapan Anda. Fikiran
kena sentiasa bersangka baik, perbuatan kena dibentuk supaya menjadi baik-baik,
perkataan di mulut pun kena baik. Barulah Anda dapat menjaga fikiran positif
yang Anda dah bina.
Dipetik dari imotivasi.com