
Saturday, 30 June 2012
Racun Menyerap
Adalah disahkan, racun kumpulan ini (Lindane, Aldrin, Dieldrin, Chlordane
dan Endosulfan) secara teknikalnya menyerap dengan mudah menembusi kulit
manusia untuk memberikan kesan keracunannya.
Selalunya ini boleh dikesan dengan rasa gatal-gatal pada tubuh apabila
seseorang mengharungi air yang diracun terutama ketika menangkap ikan yang
dituba itu. Zarah racun ini apabila memasuki badan ia tersimpan di bahagian
lemak tubuh manusia untuk jangka masa tertentu.
Oleh itu amat berbahaya
untuk seseorang mendedahkan diri kepada Endosulfan berkali-kali kerana
akibatnya pengumpulan zarah Endosulfan di lapisan lemak akan terus meningkat
berkali ganda.
Seterusnya proses penyah-klorinan dan tindak balas perubahan kimia
berkaitan akan berlaku.
Dos membunuh bagi manusia dewasa dipiawaikan pada
tahap kurang daripada 2.0 gram. Pernah diberitakan seorang kaki tuba yang
sering menggunakan bahan Endosulfan untuk menangkap ikan telah meninggal
dunia gara-gara mendapat barah perut yang teruk (tahun lalu) dan kini rakan-rakannya
sudah 'bertaubat' daripada melakukan kerja serupa.
Bagi binatang pula, Endosulfan telah terbukti membutakan kambing biri-biri
yang memakan rumpai yang diracun dengannya dan di peringkat makmal, ia
menghasilkan kerosakan penglihatan pada tikus.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)