Contohnya ikan kelah atau tengas kebal berbanding sebarau. Secara umumnya Endosulfan amat cepat memberi kesan toksiknya kepada ikan tetapi agak kurang kesannya kepada udang. Manakala di bawah kepekatan 5ppm (1.0kg/200 meter padu air @ 10 tangki trailer minyak biasa) sudahpun memberikan kesan yang serius dan boleh memupuskan keseluruhan ikan dan benih ikan yang ada dalam air berkenaan.
Pada permulaan ikan bertemu air yang diracun, ikan ini akan termenung dan kemudian meluncur di dalam air seolah-olah dirasuk. Ini kerana pada permulaannya Endosulfan bertindak merangsang sistem penderiaan lalu mengganggu keseluruhan sistem saraf ikan berkenaan termasuk otaknya yang menyebabkan ikan itu gila (mentally disorder).
Pada beberapa minit kemudian kesan serius mula terjadi di mana kerosakan sistem saraf berterusan membuatkan ikan berkenaan kehilangan tenaga serta gangguan pernafasan. Tidak lama kemudian ia akan mati sama ada terdampar di dasar atau dihanyutkan arus. Terdapat juga yang mati di darat akibat terlalu kuat melompat.
