
Saturday, 30 June 2012
Rai Perkahwinan Kaki Pancing
RAI. Seramai 50 orang ahli forum Southern Extreme Angler (SEA) dan
Lubuk.net menghadiri majlis perkahwinan pasangan Fariq Abdul Samad, 30
dan Siti Hajar Abdul Rahman, 27, di Dewan Senai Utama, Johor Bahru
baru-baru ini.
"Saya begitu terharu di atas kehadiran rakan pada hari bersejarah
bagi saya dan isteri. Saya berharap forum Lubuk.net akan terus memberi
manfaat kepada ahli dalam membangunkan aktiviti memancing," kata Fariq.
Forum tersebut merupakan laman sesawang yang dibuat khusus untuk kaki pancing bertujuan merapatkan hubungan sesama mereka.
Selain aktiviti memancing, ahli forum turut melakukan pelbagai
program lain seperti hari keluarga, sukan, gotong royong termasuk
berbakti kepada alam sekitar menerusi program sungai angkat.
KOSMO

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hai nama saya zara saya anak Fariq dan Siti. Saya berumur 9 tahun sekarang ni 🤗