Saturday, 30 June 2012

PRINCE Hotel & Residence Kuala Lumpur

0 comments

PRINCE Hotel & Residence Kuala Lumpur merupakan hotel dan servis apartmen mewah bertaraf lima bintang. Hotel yang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur berada pada kedudukan yang hanya beberapa minit dari pusat beli-belah, tempat menjamu selera dan hiburan. 

Hotel ini juga hanya dalam radius 20 minit berjalan kaki ke Kuala Lumpur Convention Centre.

Dengan kemudahan untuk semua perniagaan dan keperluan masa santai pengunjung, Prince Hotel & Residence Kuala Lumpur menjanjikan kemewahan dan keselesaan untuk semua tetamu.

Hotel setinggi 29 tingkat itu mempunyai sebanyak 448 bilik tetamu merangkumi sembilan kategori bilik penginapan iaitu bilik Deluxe, bilik Superior Deluxe, bilik Superior Deluxe KLCC View, bilik Grand Deluxe, bilik Premier Executive, Executive Suite, Deluxe Executive Suite, Junior Prince Suite dan Prince Suite.

Tetamu yang memilih untuk menginap di bilik Premier Executive dapat menikmati kelebihan bilik Premier Executive dan akses ke Premier Executive Lounge dan Business Centre.

Setiap bilik dilengkapi keperluan asas penginapan seperti pendingin hawa, kemudahan membuat teh dan kopi, meja menulis, pengering rambut, televisyen LCD 32 inci, bilik air, bar mini, internet, seterika, barangan mandian, jam loceng, lampu suluh dan akhbar harian.
Apartmen servis menggabungkan keselesaan dan kemewahan dengan kemudahan seperti berada di rumah sendiri. 

Tetamu yang merancang menginap dalam jangka waktu pendek atau panjang boleh memilih mana-mana daripada sejumlah 160 apartmen servis yang terdiri daripada unit satu bilik tidur atau unit keluarga yang menyediakan kemudahan dua bilik tidur.

Harga bilik adalah bermula dari RM308++ tanpa sarapan pagi.

Tetamu dengan anak-anak sudah tentu akan mempunyai masa yang menyeronokkan di pusat rekreasi Kelab Kanak-Kanak. 

Dengan berlatar pemandangan kota raya Kuala Lumpur, pengunjung boleh berehat dan memanjakan diri mereka di spa atau kemudahan rekreasi lain seperti kolam renang dan gimnasium. 

Semasa menginap di hotel, tetamu boleh menjamu selera dengan pelbagai hidangan. Tetamu boleh menikmati masakan Cina di Tai Zi Heen, makanan Jepun di Enju, sajian ala carte dan bufet di Eccucino ataupun bersantai dengan minuman segar di Mezzanine Bar & Lounge sambil mendengar alunan muzik.

Hotel itu turut memiliki dewan pelbagai fungsi (ballroom) dan juga bilik-bilik mesyuarat yang lengkap dengan kemudahan terkini untuk memenuhi keperluan variasi acara seperti persidangan, mesyuarat dan majlis perkahwinan. 

Ruang dewannya boleh memuatkan sehingga 1,500 tetamu pada satu-satu masa, manakala sembilan buah bilik mesyuarat di sekelilingnya dapat digunakan untuk pelbagai acara rasmi dan keluarga.

Tetamu di Prince Hotel & Residence Kuala Lumpur pastinya memberi inspirasi kepada pengunjung yang terdiri daripada ahli perniagaan sebagai pilihan terbaik untuk urusan korporat dan percutian santai.



Kosmo

Leave a Reply

Labels