
Saturday, 30 June 2012
Sahabat Yang Baik Ibarat Cermin
Kalau kita memperhatikan cermin yang baik dan
jernih, ianya akan memeberikan bayangan yang sesuai apa adanya yang
dicerminkan. Begitu pula sahabat yang kita ibaratkan seperti cermin yang baik,
maka ia akan mencerminkan bagaimana pribadi kita yang sesungguhnya.
Jom kita tengok ciri-ciri cermin yang dapat kita
ibaratkan seumpama sahabat:
1. Lemah lembut:
Cermin tiada pernah akan berlaku kasar dan
mencela, tapi ia akan katakan kotoran yang melekat pada tubuh kita dengan lembut,
sehingga dengan spontan kita akan mengadakan perbaikan.
2. Pandai menyimpan rahsia:
Watak cermin takkan pernah memperlihatkan wajah
orang yang bercermin di hari kelmarin kepada sesiapa pun yang tengah berdiri di
hadapannya.
3. Tidak pilih kasih:
Siapa saja yang berdiri di hadapannya tidak
pernah ditolaknya baik itu orang yang cantik atau tidak, kaya atau miskin.
4. Setia setiap saat:
Cermin selalu siap dipakai bila-bila masa. Selalu
setia menanti siapa yang
akan bercermin di hadapannya dan dilakukannya dengan penuh keikhlasan.
5. Sabar dan sungguh-sungguh:
Berbagai tingkah laku dan gaya orang yang berdiri
di hadapannya, hal itu
takkan pernah membuatnya protes atau marah.
6. Terus terang:
Di antara sifat cermin adalah berterus terang
dengan memunculkan bentuk orang yang bercermin,tidak pernah mengubah bentuk
wajah orang yang bercermin, jelek menjadi cantik, atau pun sebaliknya.
Semoga kita menjadi salah satu cermin-cermin
tersebut. Rasulullah S.A.W bersabda, diriwayatkan dari Abu Hurairah ra : "Sesungguhnya di sekitar 'Arasy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya, yang di atasnya terdapat
suatu kaum yang menggunakan pakaian yang bercahaya. Wajah mereka bercahaya, dan
mereka itu bukan nabi atau para syuhada. Akan tetapi para nabi dan syuhada
merasa tertegun dan iri kepada mereka sehingga mereka berkata:
”Ya Rasulullah, tolong beritahu siapakah gerangan
mereka itu?” Beliau menjawab: "Mereka adalah yang saling menjalin cinta
kasih kerana Allah, dan saling bermajlis kerana Allah, dan saling mengunjungi
semata kerana Allah."

Subscribe to:
Post Comments (Atom)