Sunday, 1 July 2012
Najib Utus Tahniah kepada Presiden Mesir
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghantar
perutusan tahniah kepada Mohammed Morsi yang mengangkat sumpah sebagai
Presiden Mesir yang baharu semalam.
Menurut kenyataan Kementerian Luar, Perdana Menteri juga melahirkan
keyakinan bahawa di bawah kepimpinan Morsi, proses transformasi ke arah
demokrasi di Mesir akan menunjukkan kemajuan yang signifikan.
"Datuk Seri Najib optimis bahawa dengan ketokohan dinamik presiden,
Mesir akan terus memainkan peranan penting dalam arena antarabangsa demi
kesejahteraan umat Islam dan masyarakat dunia," kata kenyataan itu.
Najib juga berharap untuk bekerjasama rapat dengan Morsi dalam
menerokai bidang baharu yang berpotensi di samping mengukuhkan hubungan
rapat dan persaudaraan yang sedia terjalin antara Malaysia dan Mesir.
Morsi diisytiharkan sebagai Presiden Mesir yang baharu pada Ahad
lepas setelah menang tipis terhadap pencabarnya, Ahmed Shafiq dengan
51.7 peratus undi.
Morsi memperoleh 13,230,131 undi manakala Shafiq pula meraih 12,347,380 undi. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































