Gejala
Punca
Punca selalunya berkait rapat dengan karakter sakit itu sendiri. Sakit dan senak dalaman lebih menjurus kepada masalah dalam pelvis manakala sakit luaran lebih berkait kepada masalah pada faraj. Diantara sebab sebab yang paling kerap ialah:Kurang Lubrikasi - Keadaan ini terjadi selalunya disebabkan kurang aktiviti “foreplay”, tetapi ia lebih dikaitkan dengan oleh kekurangan hormon selepas menopos, selepas pantang atau semasa menyusu badan. Sebab kurang lubrikasi yang lebih jarang ialah kesan sampingan dari pemakanan ubat seperti antimurung, pil darah tinggi, ubat selsema, sedatif dan sesetengah pil perancang.
Jangkitan kuman - Jangkitan bakteria pada pundi kencing dan faraj boleh menyebabkan kesakitan semasa hubungan seks.
Alahan pada alat pencegah kehamilan dan krim seperti condom, jeli pelincir, krim haruman faraj dan sebagainya boleh menyebabkan inflamasi disekitar faraj dan rasa sakit setiap kali mengunakannya.
Vaginismus - Iaitu kekejangan otot keliling faraj yang berlaku dibawah sedar juga boleh menyukarkan penetrasi dan seterusnya kesakitan semasa seks.
Masalah sakit puan - Termasuk endometriosis, radang pelvis, uterine prolapse, rahim jatuh, fibroid dan ovarian cyst.
Masalah kecacatan konjenital pada sistem peranakan - Sesetengah wanita diahirkan dengan selaput dara tebal, faraj yang sempit ( vaginal stenosis) dan sebagainya yang boleh menjdi punca kesakitan yang teruk semasa seks,
Radang dan iritasi selepas pembedahan - Radang dan iritasi selepas pembedahan dan jahitan pada bahagian genital boleh menjurus kepada rasa sakit dan sengal semasa seks.
Parut pembedahan - Parut dari pembedahan histerektomi dan kesan kemoterapi boleh menyebabkan sakit semasa seks.
Faktor emosi - Emosi kerap memainkan peranan dan boleh menjurus kepada sakit semasa seks. Rasa cemas, murung dan rendah diri terhadap keadaan fizikal tubuh badan boleh menyebabkan kurang rasa erotik dan seterusnya sakit semasa seks. Tekanan perasaan menyebabkan otot faraj tegang dan seterusnya penetrasi sukar terjadi.


































