Monday, 25 June 2012

Cara Atasi Sakit Semasa Hubungan Seks

0 comments

 

Berjumpalah Dengan Doktor

Sekiranya anda kerap mengalami sakit semasa seks, langkah pertama yang anda patut ambil ialah berjumpa dengan doktor sakit puan anda. Ceritakan tentang kekerapan kesakitan dan bagaimana ia bermula dan ketika dan bagaimana ia lebih kerap terjadi. Masalah dan sejarah perubatan dan pembedahan terdahulu juga perlu diperjelaskan dengan terperinci  termasuklah sebarang pil atau ubat yang anda makan. Jangan malu untuk meluahkan perasaan anda sepanjang perbualan dengan doktor.

Diagnosa dan Rawatan

Diagnosa selalunya dapat dibuat selepas pemeriksaan faraj dan Ultrasound. Rawatan akan diberikan akan bergantung sepenuhnya kepada punca kesakitan. Bagi mereka yang mengalami jangkitan kuman, antibiotik akan diberikan untuk beberapa hari untuk memastikan anda bebas dari kuman. Bagi mereka mengalami masalah kurang lubrikasi, hormon terapi mungkin boleh menolong meningkatkan kelinciran disamping jeli lubrikasi yang boleh di beli dikaunter farmasi berdekatan. Untuk mereka yang mengalami kesakitan terutama semasa aktiviti ‘trusting’, tukar posisi seks anda seperti anda pada kedudukan atas atau posisi mengiring dan cuba ekperimen dengan pelbagai posisi berbeza. Berbincang dengan suami anda sekiranya emosi yang menjadi punca utama kerana ia merupakan masalah yang perlu dikongsi bersama. Komunikasi mungkin merupakan ubat terbaik untuk anda. Jangan malu dan segan kerana pasangan anda adalah suami anda, seorang yang anda cinta.
Sekiranya ia lebih kepada masalah emosi yang rumit dan kronik, anda mungkin perlu mendapat rawatan dari pakar psikologi.

Masalah peranakan yang lebih serius.

Sekiranya doktor mensyakki yang anda mengalami masalah yang lebih pada pelvis, ujian laparoscopi mungkin akan disarankan. Masalah seperti endometriosis atau ovarian cyst adalah diantara punca yang kerap dikaitkan dengan kesakitan dan senak dalaman semasa seks dan diagnosa dengan senang dapat dibuat melalui kaedah laparoskopi ini. Semasa laparoskopi, kamera kecil akan dimasukkan pada pusat dimana pakar bedah akan melihat dengan teliti keadaan dalam pelvis anda. Bagi mereka yang mengalami ketidaknormal pada sistem genital seperti hymen tebal dan sebagainya, pembedahan mungkin akan disarankan.




Leave a Reply

Labels