Saturday, 30 June 2012
Semburan Lumba-lumba Bawa Hasil
AKTIVITI turun ke laut tidak boleh sebarangan. Jaket keselamatan,
bekalan makanan dan paling utama, joran dan umpan mesti diambil kira. Mengikut
petua sesetengah pemancing, sewaktu hendak turun ke laut, jangan ditegur
atau ditanya Makan juga tidak boleh terlampau kenyang nanti tidak mendapat
ikan. Bagaimanapun, kebanyakan nelayan laut dalam tidak mempunyai petua
tertentu.
Kalau sudah rezeki, berlabuh di laut cetek pun boleh mendapat
ikan yang banyak. Mengikut petua zaman dahulu kala, untuk mengetahui sama
ada seseorang nelayan berkenaan akan mendapat hasil yang lumayan atau tidak,
ianya berpandu kepada ikan lumba-lumba yang bermain di sekitar perairan
ataupun yang bermain-main di sekeliling bot sewaktu sedang laju membelah
ombak.
Lebih memberangsangkan seandainya ikan lumba-lumba berkenaan menyemburkan
air dari atas kepalanya ke arah luang bot atau bahagian tepi bot, maka
lumayanlah hasil yang akan dibawa pulang nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































