Wednesday, 6 June 2012
Tatkala Fatimah Az-Zahra Disemadikan
Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya
telah diusung oleh 4 orang, antara :-
1.
Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2.
Hasan (anak Fatima r.a)
3.
Husin (anak Faimah r.a)
4.
Abu Dzafrrin
Al-Ghifary r.a
Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin
Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah
siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti
Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W."
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat
atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang
banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak
beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan
seburuk-buruknya)."
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari
siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-
1.
Hendaklah ia menjaga solatnya
2.
Hendaklah dia bersedekah
3.
Hendaklah dia membaca al-Qur'an
4.
Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana
dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan
melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-
1.
Jangan berdusta
2.
Jangan mengkhianat
3.
Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk
sini)
4.
Jangan kencing sambil berdiri
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua
dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari
kencing."
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam
kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat
dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang
miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan
melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya
di dunia ini.
Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap
soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita
menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil
takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan
dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin
akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk
menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan
dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya
sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca
al-Qur'an, maka al-Qur'an itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


































