Wednesday, 18 July 2012
Cerita 3 Puteri
Ini kisah di satu negeri
yang amat kaya raya la sultannya. Namun begitu, Sultan ini tidak mempunya anak lelaki.. Ada
anak pompuan je... Tiga orang plak tu, cantik-cantik belaka. Yang sulung
berumur 21 tahun, yang kedua berumur 20 tahun, manakala yang bongsu pulak
berumur 19 tahun.
Sultan amat berasa dukacita kerana tak ada anak lelaki untuk menggantikan
tempatnya. So, dia pun ambil keputusan untuk menikahkan puteri-puterinya satu persatu.
Jadi, sultan pun menghantar hulubalang negeri untuk menghebahkan bahawa sesiapa
yang ingin mengahwini anak-anaknya sila tampil ke istana.
Jadi, berebut-rebutlah jejaka di seluruh pelosok negeri menyerbu istana untuk
meminang. Sultan pun berpesan pada anak-anaknya, "Wahai anak-anakku,
ayahanda ingin mengahwinkan puteri sulung dan di luar terdapat beberapa pemuda
yang ingin melamar. Anakanda-anakanda tengah dan bongsu diminta bersabar kerana
sejurus lepas kekanda kamu berkahwin, anakanda yang tengah pula akan
dikahwinkan. Begitu jugalah anakanda yang bongsu.
Tapi satu sahaja ayahanda pesan, janganlah kamu bercakap sehingga kamu selesai
dan selamat dinikahkan." Tuan puteri - tuan puteri semua mengangguk tanda
setuju.
Selepas
sultan memilih bakal suami untuk anaknya yang sulung, sultan menjemput pemuda
tersebut masuk ke kamar puteri-puterinya. Pemuda itu meminta izin daripada
sultan untuk ditinggalkan dia sebentar dengan tuan-tuan puteri tersebut kerana
katanya ingin berkenalan dengan bakal isterinya. Sultan tersebut bersetuju
dengan permintaan pemuda tersebut kerana yakin anak-anaknya tidak akan berkata
apa-apa walau sepatah pun.
Sultan pun sempat menoleh ke arah puteri-puterinya dan kenyit mata sikit tanda
mengingatkan pesanannya tadi iaitu takkan berkata apa-apa walau sepatah haram
pun.
So, sultan pun meninggalkan pemuda tersebut dengan tiga orang puterinya.
Maka pemuda tu pun bertanya la pada puteri bongsu, "Yang mana satu bakal
menjadi isteri saya nanti? Tuan puteri yang
ini kah?". Tuan puteri bongsu tetap tidak menjawab. Lalu pemuda pula tanya
lagi sekali seraya menggertak,
"Mungkin tuan puteri malu untuk
menjawab soalan saya. Mari kita bernikah sekarang." Apala lagi tuan puteri bongsu
pun jadik panik, lalu menjawab "Bukhan, bukhan thayaaa la.." Pemuda
tu terkejut sebab tuan puteri bongsu sengau rupanya, lalu dia dengan keadaan
masih terkezutt dia berpaling kepada tuan puteri kedua, dan tuan puteri kedua
pun panik jugak.. lantas menyalahi adiknya "Kenafha thakapppp.. kan
ayahanda thak kathik kitha thakappppp... ". Alamak, yang ini pun sengau juga, bisik
hati pemuda tersebut dan dengan berdebar-debar pemuda tu berpaling kepada yang sulung dan mata saling berpandangan, masa
seakan terberhenti seketika, lalu yang sulung pun dengan lemah lembut dan
perlahan-lahan bercakap,
"Nathib baik thaya
thak thakapppppp"... .
Dum.!!!.. Pemuda tu pun pengsan! TAMMAT!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


































