Sunday, 22 July 2012
Cinta Menurut Perspektif Islam (Bahagian 2)
Akibatnya,
umat Islam terpengaruh dan dijanjikan dengan khayalan-khayalan yang kononnya
bercinta (sebelum bernikah) itu penuh dengan keasyikan dan mengarahkan ke
jinjang pelamin. Ini semua hanyalah bisikan syaitan, sedangkan pada hakikatnya,
ia adalah menghampiri zina (jika tidak terlanjur berzina), maksiat yang membawa
ke neraka Allah. Sepatutnya jika pernah terlibat dengan maksiat sebegini
bertaubatlah, manakala jika kita sendiri sedang asyik bercinta, tinggalkan
serta merta, bertaubat dan mohonlah keampunan dari Allah swt. Jangan sampai
sakaratul maut baru kita mahu bertaubat, sudah terlambat.
“Janganlah
kamu menghampiri zina” (Al-israk : 32)
“Dan tidak ada orang yang lebih sesat daripada orang yang mengikut hawa nafsunya
dan tidak berdasarkan kepada petunjuk
Allah. ( Al-Qasas: 50)
Suatu yang menyedihkan. Biasa kedengaran ibu bapa yang tak membenarkan anak
mereka bercinta di bangku sekolah, dengan alasan ditakuti mengganggu pelajaran.
Kalau dah kerja atau masuk universiti tak mengapalah. Adakah ini pemikiran
Islam, atau adakah ini merupakan kesesatan berfikir umat Islam hari ini akibat
hidup dalam sistem kapitalis yang sememangnya menyogokkan kepada kita budaya
materialisme, hedonisme dan sebagainya. Dan ramai antara umat Islam tanpa
disedari mengamalkannya.
Jadi, bagaimana cara yang ditunjukkan oleh Islam dalam mengatur hubungan
antara lelaki dan wanita. Pada asasnya, kehidupan lelaki dan wanita yang bukan
mahram adalah terpisah kecuali pada perkara-perkara yang dibenarkan oleh syarak
seperti bekerja, berjual beli, dakwah dan belajar. Walaupun demikian, hendaklah
dihadkan interaksi tersebut sekadar kepada keperluan.
Maka bagi mereka yang telah bertunang, diperbolehkan berjumpa dengan
ditemani mahramnya untuk membincangkan hal pernikahan, dan perkara-perkara yang
berkaitan dengannya. Pertunangan bukan lesen untuk bercinta, keluar dating dan
sebagainya.
Sabda Rasulullah(S.A.W)
“Hendaklah kamu berjaga-jaga agar tidak
berkhalwat dengan wanita” (Sahih Bukhari/Muslim)
“Jangan ada di antara kamu yang berduaan dengan wanita kecuali jika
disertai muhrimnya” (Sahih Bukhari)
“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, janganlah kamu
berduaan bersama wanita tanpa disertai oleh muhrimnya kerana jika lelaki dan
wanita duduk berduaan maka pihak ketiganya adalah syaitan”
Wahai seluruh umat Islam yang rindukan syurga Allah, laksanakanlah Islam
secara keseluruhan. Bukan soal ijtima’i(sosial) ini sahaja, malah segala yang
telah disyariatkan . Ia termasuk peribadatan khusus seperti solat, puasa juga
berkaitan dengan cara hidup(mabda’) melibatkan politik, ekonomi, uqubat, dasar
luar negara, pemerintahan, pendidikan dan sosial ini sendiri. Semua masalah ini
hanya dapat diselesaikan dan kewajipan tersebut hanya mampu dilaksanakan
apabila tertegaknya kembali sistem khilafah Islam yang mengikut jalan kenabian.
“Demi Allah yang nyawaku di tangan-Nya, hendaklah kamu menyuruh kepada
ma’ruf dan mencegah dari mungkar atau Allah akan menurunkan kepada kamu seksaan
dari sisi-Nya, sehingga kamu berdoa kepada-Nya, maka Allah tidak mengabulkan
doa-doa kalian” (HR Ahmad dan Tirmidzi)
"Sesungguhnya imam adalah laksana perisai, yang (orang ramai) akan
berperang di sebelah belakangnya ,dan ia akan dijadikan pelindung." (HR
Muslim ,Abu Dawud ,An-Nasa'i ,Ahmad dari Abu Hurairah) - Khilafah Islam adalah
perisai bagi kaum muslimin.
"Rasulullah bersabda : Bertaqwa lah kamu dimana saja kamu berada. Iringlah
setiap perbuatan dosa dengan amalan kebaikan yang akan memadamkan dosa itu dan begaullah sesama manusia dengan akhlak
yang baik."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


































