Sunday, 22 July 2012
Golongan Wanita Menolak Perkahwinan.. (Bahagian 1)
Hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antara
sebabnya ialah kerana memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan.
Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup mula berubah dan terpikul
pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.
Justeru itu ramai yang lebih rela menjadi andartu walaupun pada hakikatnya,
ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin
disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat
memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan kerjaya masing-masing.
Kami akan menceritakan tentang kerugian yang dialami oleh wanita yang tidak
mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada
jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan
kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita
yang mempunyai peluang untuk berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan
sepertimana yang disebutkan di atas tadi.
Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku
di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat
Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam
yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi
manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian
manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama
lain. Ibarat
talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.
Di Singapura, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih
hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa sepertimana di barat. Walaupun demikian,
pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai
para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam
agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat. Kejelekan tidak berkahwin
khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki.
Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di
sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak.
Bersambung.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


































