Thursday, 19 July 2012
Cinta :Suatu Pandangan (Bahagian 1)
Melibatkan diri dalam perhubungan erat yakni dunia percintaan yang lebih ke
arah nilai-nilai di atas semuanya adalah plastik atau tiada pengertian cinta
hakiki sebenarnya. Cinta di atas lebih ke arah kepada rangsangan nafsu yang
disalah erti kerana perhubungan persahabatan yang rapat dan terbuai oleh
dodoian perasaan.
Sebab hakikat percintaan yang di benarkan oleh Islam ialah asas daya
tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta yang
bersyariatkan Islam.
Kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih ke
arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa jua
barangnya. Jika tidak berminat masakan nak mengorbankan wang kepada seseorang.
Romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip di dalam Islam. Oleh itu,
bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik sekiranya mereka tidak berhubungan
atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan Islam ?
Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas
alasan jika benar pencinta pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah
menulis peringatan peringatan Allah yang senantiasa takutkan kemurkaan Allah di
dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating. Malah
orang yang bercinta di dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan
secara menulis kerana was was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang
akan menimbulkan zina hati.
Malah orang yang benar benar beriman takut untuk berhubungan melalui
telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk hubungan lain
seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih ke arah tidak
tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan
sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dana bermula kecuali bagi
mereka yang benar-benar tidak ada masalah hati, itu pun boleh menjadi satu
bentuk perhubungan awalan jika tidak disekat.
Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan
akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan dan
nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang sebenarnya.
Kerana atas dasar apa rasa rindu yang amat sangat? Sedangkan hakikat rindu
yang sebenar ialah rindukan Allah. Orang yang beriman dapat menangkis ketahanan
rindu apabila asas cinta benar benar berlandaskan iman .
Bukankah di dalam Islam sendiri sudah menggaris pandu corak meminang
wanita, tetapi anak-anak muda dewasa ini lebih suka kepada bercinta dan mencari
cinta serta mencari masalah di dalam konteks perhubungan cinta yang mana
akhirnya akan terjebak di dalam lautan cinta yang memabukkan.
Bersambung...............
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


































