Wednesday, 18 July 2012
Punca Anak Derhaka (Bahagian 1)
Ucapan motivasi oleh Dr
Fadhilah Kamsah kepada semua ibu bapa dan anak-anak
APA PUNCA ANAK DERHAKA?
Sabda Nabi SAW,
"Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan
mereka, bergurau hingga naik atas belakangpun tak apa. Jika suka geletek, kejar
atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik
dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran) " di mana yang nak
dipukul tu? tapak kakinya..... bukan muka, punggung, telinga dan di tempat-tempat
yang sensitif.... itu salah.... "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang
pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka
sebagai tanda penghargaan.Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan.
Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini
menyebabkan anak derhaka".
Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium
tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak
menderhaka.
"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada
rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak
rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh
tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan
pergi sekolah pun seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana
sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur,
pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur
tetapi jiwanya sentiasa hidup,". Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas
baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka
dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang
merupakan doa kepada mereka".. inilah yang menyebabkan mereka derhaka
kepada kita
DOA ANAK-ANAK
TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan
rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur
di bawah akar.
Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah
diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda
cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak
kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah.
Perasaan anak juga
mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau
menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak
dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu bila jumpa kawan baik tidak
mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


































