
Saturday, 21 July 2012
Cinta :Suatu Pandangan (Bahagian 3)
Sebab itu di dalam konteks perhubungan cinta sesama Islam, jika ingin
memulakan ikatan cinta itu berasaskan cinta yang penuh didikan iman, perhatikan
muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam jerat percintaan yang
tidak patut. Sebab ia lebih ke arah mengheret masalah baru. Mungkin akan
menjatuhkan ke lembah hina seperti yang terjadi di dalam kes Nur Aisyah Bukhari.
Semuanya bermula dari kesilapan Nur Aisyah sendiri yakni tidak memerhati,
memikir baik-baik dan memutuskan apa yang di cintainya itu layak atau tidak
untuk dicintai. Sungguhpun di katakan Nur Aisyah sudah terdidik sebelum ini, akan
tetapi iman yang sebenarnya ialah dari asas pendekatan dirinya sendiri. Ilmu
yang dipelajarinya sekiranya tidak diamalkan akan menjadi perosak di dalam
dirinya maka itulah yang berlaku di dalam diri Nur Aisyah.
Begitu
juga dengan anak-anak muda kita bila mana seorang pemuda menyampaikan hasrat
cintanya, jangan mudah terusik hati. Perhatikan agamanya, kebaikannya dan
segalanya sejak dia belum mengenali kita. Maksudnya ialah sifat asalnya dan
muamalat asalnya, kerana jika kita mudah membenarkan hati dilalui, ia hanya
akan membuka peluang kepada ke arah ketidak fahaman konsep cinta berasaskan
islam. Uji mereka dulu dengan corak akhlak dan pergaulan iaitu jangan
membenarkan kita dirapati akan perasaan mereka agar menimbulkan keraguan dan
was-was yang kita tidak menerima cinta mereka. Ini tidak, anak-anak gadis dan
pemuda suka melayan dan melayan dan akhirnya terbuai kata-kata asmara yang
terbina sendiri dan menimbulkan kerosakan hati di dalam hati mereka sendiri. Biarlah
di katakan diri kita ego tetapi ego untuk kebaikan iaitu menjaga diri untuk
mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan
senjata melumpuhkan pihak lawan.
Benarkah
begitu? Sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat sifat
yang konkrit di dalam pendirian mahupun akhlak. Bukankah akhlak yang cantik
terbina dari didikan hati naruni iman yang cantik?
Bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu-ragu untuk
terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik iaitu apa? Tentulah sekali
dengan meminang wanita ini. Sebab wanita ini bukan calang-calang imannya. Tentulah
terfikir di hati mereka "Akulah yang paling bertuah andaikata aku berupaya
memiliki wanita yang paling payah untuk dikuasai kerana apabila diberinya
cintanya pada aku, akulah orang yang paling agung dan terhormat di atas
pemberiannya itu dengan cara yang diizin dan dihalalkan oleh Islam dan Allah
Ta`ala"
Oleh itu, kata-kata bidalan "Berkawan biar beribu bercinta biar
satu" tidak begitu tepat di dalam konteks Islam dan patut ditambah
"Bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh Islam"
disebabkan faktor-faktor semua panahan cinta di atas konsep berkawan adalah
tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam kerana
ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana fitnah.
Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya
orang-orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang
patut dicintainya kerana hanya orang yang baik-baik sahaja yang inginkan
sesuatu yang baik. Di situ sudah menampakkan penilaiannya di mana jodoh yang
baik adalah untuk orang yang baik dan begitulah sebaliknya. Kerana orang yang
tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan orang yang baik kecuali
dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga.
Berkata Imam Nawawi:
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan
agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"
Kiriman e-mel Miss-e-Dayah

Subscribe to:
Post Comments (Atom)