Saturday, 21 July 2012
Cinta Menurut Perspektif Islam (Bahagian 1)
Dialah yang menciptakan kamu dari diri yang satu. Darinya, Dia menciptakan
isterinya agar dia merasa senang kepadanya. Kemudian, setelah dicampurinya,
isterinya mengandung kandungan yang ringan dan dia terus merasa ringan (beberapa
waktu). Selanjutnya, tatkala dia merasa berat, keduanya (suami isteri) berdoa
kepada Allah, Tuhan mereka, seraya berkata,
“Sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang soleh, tentulah kami
termasuk orang-orang yang bersyukur.”
(QS al-A’raf[7]: 189)
Setiap manusia tidak mengira apa jua zaman, bangsa dan tempat tinggal telah
dikurniakan oleh Allah swt, sebuah naluri untuk mengasihi dan juga dikasihi (
gharizatun nau’). Perasaan ini boleh jadi terhadap ibu bapa, adik beradik dan ada
masanya terhadap seorang lelaki atau wanita yang halal bernikah dengannya.
Islam mengiktiraf naluri ini, bukan menekannya dengan menganggap ia satu fitrah
yang kotor, malah menunjukkan kepada semua umat manusia bagaimana pengaturan
untuk menyalurkan naluri tersebut. Pengaturan tersebut ditunjukkan hanya
melalui perkahwinan.
Dalam hal ini, Ibn Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda
yang bermaksud:
”Wahai para pemuda, siapa sahaja di antara kalian yang telah mampu memikul
tanggungjawab, hendaklah ia segera bernikah, kerana hal itu dapat menundukkan
pandangan dan menjaga kehormatan. Sebaliknya, siapa sahaja yang belum mampu,
hendaklah ia berpuasa, kerana hal itu dapat menjadi perisai baginya.
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud sebagai
berikut:
Ada tiga orang yang berhak ditolong
Allah:(1) seorang mujahid di jalan Allah, (2) seorang yang bernikah kerana
ingin menjaga kehormatannya, (3) mukatib yang bekerja untuk memerdekakan
dirinya.
Terdapat banyak nash lain yang menunjukkan bahawa perkahwinan merupakan
jalan yang ditunjukkan bagi meluahkan naluri kasih sayang bagi lelaki dan
wanita yang bukan mahram, selain terhadap hamba wanita.
Sebelum berlakunya pernikahan, walau sudah bertunang (khitbah) tidak boleh
ada interaksi yang menunjukkan peluahan naluri tersebut. Tidak boleh mengatakan
‘saya sayang awak’, ‘I Love You’, apatah
lagi keluar bersama untuk makan, shopping atau sebagainya. Tetapi sayangnya,
kehidupan hari ini bercinta sebelum bernikah telah menjadi lumrah dalam
masyarakat.
Tidak pernah timbul dalam
Islam istilah boyfriend, girlfriend, pakwe, makwe, gewe, mata air dan
sebagainya. Ini hanya wujud apabila umat Islam hidup dalam sistem yang bukan
Islam yang menggalakkan peluahan naluri kasih sayang dan seksual secara bebas.
Kita disajikan dengan klasik-klasik cinta seperti Romeo dan Juliet, Titanic,
Mohabbatein, Mistress Hermanas, Mr Cinderella ,Alexander dan sebagainya.
Bersambung.....................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


































