
Sunday, 29 July 2012
Fakta Untuk Renungan
Pada tahun 1923 -
Isteri Saad Zaglul telah mencabut hijabnya dan kemudian diikuti dengan Huda Sya'rawi dan Siza Nabrawi dan
Nabawiah Musa selepas mereka pulang daripada Rome mengikuti Muktamar Pembebasan Wanita
1923
Pada tahun 1925 - Telah diwartakan undang-undang
melarang pemakaian hijab di Turki(Setelah pembubaran sistem Khilafah
Islam) dan di Iran
telah diwartakan undang-undang
melarang wanita berhijab daripada memasuki sekolah dan institusi kerajaan
Pada tahun 1959 - Di
Afganistan telah dibuat undang-undang membenarkan wanita keluar tanpa
berhijab dan mereka telah membakar tudung mereka di rumah-rumah dan
berlakulah percampuran yang nyata (lihat bagaimana Afganistan sekarang
mahu dikembalikan seperti zaman ini)
Di atas ada secebis
sejarah bermulanya gerakan pembebasan wanita Islam daripada identiti
Islamnya yang paling nyata iaitu tudung dan sehinggalah mengubah keseluruhan
kehidupannya.
Semua negara Islam
sebelum ini telah berjaya dan cuba dirobek, bagaimana dengan sejarah di
negara kita ini? Sama-samalah fikir dan renungkan!!!
Fikir jangan tak fikir!!

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nampaknya lebih kurang saja. Mohon dilindungi..