Sunday, 1 July 2012
Festival KL 2012 dilancar
LUMPUR - Festival Kuala Lumpur (KL) 2012 kembali memeriahkan ibu
negara sepanjang Julai ini dengan menyajikan 82 acara kesenian dan
kebudayaan.Bertemakan Di Sini Semaraknya Seni!, festival itu merupakan
peluang kepada pengunjung mengenali keindahan seni budaya warisan negara
di samping memperkenalkan Kuala Lumpur ke peringkat antarabangsa.
Ketua
Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK),
Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata, kerjasama antara sektor awam dan
swasta mampu membangunkan industri pelancongan negara.
"Dengan cara ini,
kita dapat mempromosikan keunikan budaya negara kepada
pelancong."Pelbagai persembahan menarik disajikan seperti Persembahan
Tarin Zapin, Festival Muzik KL 2012, Super Dancers 2012, Festival Muzik
Indie KL dan Persembahan Tarian Cuti-Cuti 1Malaysia," katanya semasa
merasmikan festival itu di Istana Budaya di sini malam tadi.Festival KL
2012 dianjurkan bersama oleh KPKK, Kementerian Pelancongan serta
Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
Untuk maklumat
lanjut, sila hubungi Urusetia KLFest di talian 03-2052 3605 atau
melayari laman sesawang www.klfestival.org.my.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































