Monday, 23 July 2012
Hukum Bersanding Mengikut Perspektif Islam
Dari :Suara Persatuan
Ulama (Malaysia) Online
1. Definisi
Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan
(pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas
dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.
2. Tujuan: antara
tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah,
meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.
3. Sejarah: ada dua
teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu.
Pertama: Bahawa
persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari
itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat
Resam Melayu, PAP, 1964)
Kedua: Persandingan adalah adat yang
diimport dari India .
De Jong (Religions in the Malay Archipelago ,
Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978)
berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.
4. Unsur-unsur
khurafat dalam persandingan:
(a) Penggunaan beras
kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin
berdasarkan kekuningan semangat padi.
(b) Penggunaan jampi
mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.
Hukum Islam Terhadap
Persandingan
1. Menabur Beras
Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh
jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5:
Thee do we worship, and Thine aid we seek.,
dan Yunus: 107:
If Allah do touch thee with hurt, there is none can
remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep
back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth.
And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.
2. Membaca Jampi
Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan
tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan
syirik seperti yang dijelaskan di atas.
3. Berandam: Perbuatan
andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang
sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis:
HR Muslim-Muslim dari
Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan
menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang
menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan
menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah."
(*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)
4. Berhias untuk
dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang
ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya),
"Janganlah kamu
bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)
5. Mengadakan kenduri
walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja
sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan
seekor kambing."
Islam mencela amalan
boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra':
26)
6. Menjadikan hadiah
atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam
Firman Allah,
" Allah tidak
memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)
7. Mas kahwin dan
hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw:
"Wanita yang
paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad,
al-Hakim dan Baihaqi)
Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan
syarat:
1. Jika ia
disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan
kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.
2. Jika ingin
melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan
mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak
baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang
biasa dilihat.
Rujukan
1. Prof Muhammad
al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab
al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi,
Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.
Sumber: Tuan Hassan
Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


































