Monday, 23 July 2012

Cara Mendapatkan Pertolongan Allah (Bahagian 4)

0 comments





Satu hari seorang pendosa telah berdoa dan Maulana ada di belakangnya:

"Wahai Allah, aku hina seperti anjing, ampunkanlah aku seperti anjing Ashabul Kahfi. Orang lain ada pelindung seperti solat, taklim dan amalan baik yang lain. Aku ini tidak ada apa-apa. wahai Allah... Aku berjanji tidak akan mengulanginya lagi." Maulana mendoakan pendosa itu dari belakangnya. Kata Maulana, dia itu lebih baik dari orang yang buat usaha dengan sifat sombong dan takbur. Dan pada pagi harinya dia telah buat pengakuan depan majma' yang dia telah bertaubat. Maulana minta dia keluar 4 bulan untuk kekalkan perasaan itu. Sebaliknya dia jegilkan matanya pada Maulana seraya berkata: "Saya tetap tidak akan mengulangi perbuatan saya yang lalu." Selang beberapa lama (beberapa tahun). Dia memperkenalkan dirinya dan berterima kasih pada Maulana karena telah mentasykil dia keluar. Sekarang dia buat perniagaan yang kecil-kecil yang halal. Pendapatan itu cukup buatnya. Dalam Uhud Allah bersihkan orang yang ada cinta dunia.

Allah uji untuk tingkatkan iman dan menaikkan darjat mereka. Orang beriman dan tidak beriman sama-sama merasai susah, tetapi kesusahan orang beriman adalah bermanafaat. Orang yang tidak beriman diberi peluang oleh Allah untuk tunjukkan kemegahannya seperti Firaun. Semua orang akan sama-sama mati, tapi yang berbeza adalah natijahnya, iaitu kejayaan atau kegagalan. Dalam usaha agama semua sama-sama buat, yang bezanya cuma ikhlas atau tidak. Bila ujian turun, Allah akan asingkan; dengan sendirinya yang tidak tulin
akan diketepikan. Sifat orang yang tidak tulin: Mereka suka duduk ditepian berhampiran lorong-lorong. (Maulana baca ayat Al Quran) Bila nikmat datang merekalah yang paling heboh, tetapi bila ujian tiba mereka cepat-cepat lari ke lorong tadi. Sesungguhnya ujian Allah tetap akan datang untuk menghasilkan yang benar-benar tulin.

Apabila beri syor dalam mesyuarat janganlah masukkan kepentingan diri kita serta taatlah pada setiap keputusan mesyuarat. Orang yang menjadi jumindar pula janganlah menjadi seperti pemerintah. Jangan sekat dari awal-awal lagi setiap syor walaupun kita tidak akan menerima syor tersebut.

Bayan Maulana Umar Palanpuri
Courtesy of Hazrin Majid
http://www.geocities.com/Athens/Acropolis/9572/bayan1.html

Leave a Reply

Labels