Friday, 27 July 2012
Hukum Menyembunyikan Kebenaran (Bahagian 2)
Ayat di atas adalah ditujukan kepada pendeta Yahudi dan Nasrani yang
bersifat menyembunyikan kebenaran yang ada di dalam kitab mereka. Apakah ayat
ini hanya untuk mereka sahaja, tidak kepada umat Islam?
Ya, kita umat Islam juga termasuk di bawah larangan ayat ini. Oleh itu umat
Islam dilarang dari menyembunyikan hukum-hakam syariah. Para ulamak Usul
menyatakan, sekalipun ayat itu khusus diturunkan kepada pendeta Yahudi dan
Nasrani tetapi keumuman pengajarannya ditujukan kepada semua.
Ia diperkuatkan lagi dengan sabda Rasulullah s.a.w.:
Barangsiapa yang ditanya mengenai suatu ilmu, lalu dia menyembunyikannya,
maka dia akan dikekang pada hari kiamat dengan api. (HR Ibnu Majah dan
al-Hakim)
Masalah menyembunyikan syariat Allah ini lebih diberi perhatian kepada para
ulamak Islam. Kerana merekalah yang lebih mengetahui tentang syariat Allah.
Merekalah yang dipertanggungjawabkan untuk menyebarkan dan mengajarkannya
kepada kaum masing-masing, dengan lisan kaum itu.
Tanggungjawab yang dipikul oleh ulamak jika dilihat pada lahiriahnya, ada
yang melihatnya sebagai satu tugas mudah. Mereka mengatakan, bukan susah jika
hanya mengajarkan sembahyang, zakat, puasa dan Haji. Tambahan pula, golongan
ulamak merupakan satu golongan yang dihormati oleh masyarakat setempat.
Jika ini anggapan sebahagian kita, ia adalah satu anggapan yang salah. Tugas dan
tanggungjawab ulamak adalah berat. Beban ilmu yang diamanahkan kadangkala
menuntut agar ia dipertaruhkan dengan nyawa. Kalau sekadar tekan an ekonomi,
mental dan siksaan adalah perkara yang lumrah.
Lihat sahaja sejarah, Imam Ahmad bin Hanbal pernah disiksa kerana enggan
mengakui bahawa al-Quran adalah makhluk. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah yang
dipenjarakan. Imam Syafi’e pernah disoal-siasat oleh pemerintah kerana dituduh
terbabit dengan gerakan Syiah. Abad ini, bagaimana Syeikh Muhamad Abduh
terpaksa dibuang negeri, Hasan al-Banna yang syahid di muncung senjata api,
Syeikh Abdullah Azam, Syeikh Ahmad Yasin yang telah dipenjarakan dan disiksa
oleh rejim Yahudi laknatullah. Dan banyak lagi
Di Malaysia? Anda lebih arif lagi.
Tidak semua para ulamak yang tahan dengan ujian kerana tidak mahu
menyembunyikan syariah. Ada juga yang gagal menempuh ujian ini. Ada yang tewas
dengan ujian siksaan, dan yang lebih menggerunkan ialah dengan ujian kebendaan
dan kedudukan yang amat mengelirukan. Ketika Imam Ahmad bin Hanbal dan beberapa
ulamak lain yang disiksa oleh pemerintah yang bermazhab Muktazilah, tidak semua
yang berjaya mengharunginya. Mereka dipaksa supaya mengaku bahawa al-Quran itu
adalah makhluk. Mereka disiksa. Imam Ahmad tidak sekadar disiksa, malah
dimalukan dengan mengheretnya secara menghina sekeliling kota.
Semuanya itu adalah akibat tidak mahu menyembunyikan syariat Allah. Oleh itu, hormatilah
ulamak. Berdampinlah
dengan mereka. Kasihilah mereka. Di bahu mereka punya bebanan berat yang perlu
dipikul untuk umat ini. Di dada mereka punya butiran permata berharga yang
kadangkala memerlukan pengorbanan untuk dibahagi-bahagikan kepada manusia akhir
zaman. Memanglah wajar jika Allah mengangkat martabat ulamak dari yang
lain-lain. Patutlah seandainya kutukan dan laknat kepada mereka yang memusuhi
ulamak.
Ingatlah, darah ulamak adalah racun!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


































