Friday, 27 July 2012
IKHTILAT (PERCAMPURAN / PERGAULAN)
Maksud pergaulan: bercampur antara wanita dan lelaki ajnabi di satu tempat yang
pada kebiasaannya membawa mereka berpandangan, bercakap dan berinteraksi.
Hukum asal pergaulan wanita dan lelaki ajnabi adalah ditegah. Tiada nas yang jelas
melarang pergaulan. Tegahan pergaulan ini hanya disimpulkan dari beberapa
tegahan lain:
- Tegahan wanita bermusafir sendirian
tanpa mahram
- Tegahan berkhulwat antara wanita dengan
lelaki ajnabi
-
Tidak wajib solat jamaah ke atas wanita
- Tidak wajib solat jumaat ke atas wanita
- Hukum-hukum khusus mengenai wanita
dalam ibadat haji
- Tegahan wanita berjalan berseiringan
dengan lelaki
Dari larangan-larangan inilah ulamak menyimpulkan pergaulan wanita dengan
lelaki ajnabi ditegah. Pergaulan yang dibenarkan atas dasar pengecualian kerana
keperluan:
- Pergaulan atas sebab darurat
- Pergaulan untuk tujuan bermuamalah
- Pergaulan untuk tujuan melaksanakan
tugas-tugas kehakiman
- Pergaulan menunaikan kesaksian
- Pergaulan atas tugas penguatkuasa
undang-undang
- Pergaulan untuk tujuan melayan tetamu
di rumah
- Pergaulan untuk tujuan menghormati
tetamu dengan makan bersama
- Pergaulan dalam kenderaan awam bagi
wanita yang melakukan kerja syar’ie
dengan syarat hukum-hukum Islam yang
lain dipenuhi
- Pergaulan untuk melakukan kerja-kerja jihad
- Pergaulan untuk tujuan mendengar ceramah dan
ilmu
- Pergaulan atas sebab kebiasaan dan
teradat yang tidak bercanggah dengan
syara’
Dalam kitab Muwatta’ oleh Imam Malik disebutkan “Wanita (boleh) makan bersama
lelaki apabila pada kebiasaan teradat wanita makan bersama-sama lelaki.
Pergaulan semasa menziarahi keluarga terdekat dan teman handai pada majlis-majlis
tertentu, maka dalam majlis yang sama dengan syarat memelihara adab sopan
keislaman dan hukum-hukum Islam. Pergaulan wanita dengan lelaki dalam satu majlis bersama.
Ada dua pendapat:
- Pendapat pertama tidak boleh kerana
hadis mengenai pengaduan kaum
wanita di zaman Rasulullah tentang kelebihan kaum
lelaki mendapatkan
ilmu, lantas Rasulullah s.a.w
memperuntukkan satu masa belajar khusus
bagi wanita.
- Pendapat kedua boleh kerana pergaulan
untuk tujuan muamalah
dibolehkan, maka pergaulan untuk menuntut
ilmu tentulah lebih boleh lagi,
kerana suasana menuntut ilmu lebih jauh
dari fitnah berbanding suasana
muamalah.
Tentang hadis yang dikemukakan di atas, pengkhususan satu majlis untuk kaum
wanita bukan kerana larangan pergaulan lelaki dan wanita semasa menuntut ilmu,
tetapi kerana tabiat kaum wanita sentiasa banyak terhalang untuk keluar bersama
Rasulullah s.a.w. Tidak seperti kaum lelaki yang sentiasa berpeluang untuk
berbuat demikian. Oleh itu wanita perlu dikhususkan satu masa bersama Rasulullah s.a.w.
Namun demikian keharusan ini hendaklah disertai dengan iltizam yang bersungguh-sungguh,
hukum, adab dan tata susila Islam:
- Menjaga aurat
- Tidak tabarruj
- Tidak mengangkat suara dengan tinggi
- Serius, tidak bermanja-manja dan
melembut-lembutkan suara sewaktu
bercakap
- Menundukkan pandangan, bukan mata
galak, bukan curi pandang
- Warak, tapi bukan warak-warak kucing
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


































