
Friday, 27 July 2012
ISTERI CERDIK DAN BERSTRATEGI (Bahagian 1)
Islam adalah agama bagi orang yang cerdik. Orang cerdik akan memilih
sesuatu yang dapat menyelamatkan dirinya. Bukan sahaja selamat bahkan tenang,
senang, damai, dan bahagia di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Sebab itu
orang cerdik akan memilih sesuatu yang tepat dan bukan setelah kena tipu baru
ternganga. Itlah sebabnya orang cerdik memilih akhirat daripada dunia.
Islam mahukan wanita-wanitanya juga cerdik dan bersrategi. Cerdik adalah
penting. Terutamanya isteri para pejuang. Isteri yang cerdik dan berstrategi
tahu menilai dirinya dan bijak meletakkan diri, kerana pada tempatnya. Sifat
cerdik membolehkan ia banyak membantu perjuangan suami.
Isteri yang cerdik sentiasa pandai mengatur hidupnya, mengurus
rumahtangganya, suami serta anak-anak. Ia cekap dalam bertindak jika ia perlu
membuat keputusansendiri. Isteri yang begini mampu untuk hidup dalam berbagai keadaan. Ia
pandai menysuaikan diri. Suami akan menjadi dungu kalau
memiliki isteri yang
tidak cerdik yang hanya berfikir tentang dirinya, perasaanya tanpa memikirkan
pengorbanan dan perjuangan suami.
Pejuang ertinya orang yang hidup berjuang. Bila berjuang ertinya perlu
berkorban, dan setiap yang berkorban mesti terkorban. Sedikit sebanyak
isteri-isteri pejuang adalah orang yang merelakan dirinya berkorban dan
terkorban di jalan Allah. Bukan senang untuk menjadi isteri seorang pejuang.
Terpaksa mengorbankan segala-gal demi menegakkan Islam di muka bumi ini. Tentulah sakit dan
perit, tapi itulah nilai dirinya disisi Tuhan.
Sebab Rasullullah memilah isteri-isterinya dari kalangan cendiakawan
(cerdik pandai). Bukan sahaja cerdik bahkan tangkas, cergas, bijak, rajin
disamping cantik dan pemalu. Perempuan mesti ada sifat pemalu. Sebab malu itu
bagi wanita adalah
sebahagian dari iman.
Pernah dalam sejarah memaparkan bagaimana cerdiknya isteri Rasullullah SAW.
Kesemuanya isteri banginda 11 orang yang kekal dan terkenal dalam sejarah dan
disebut-sebut. Yang cerdik diantara mereka, bijak pula dan selalu disebut-sebut
oleh Rasullullah SAW ialah Sayiditina Aisyah r.ha. Sayiditina
Aisyah r.ha. wanita
mulia ini diberi kelebihan oleh Rasullullah, kuat pula ingatan dan dapat pula
luahkan dengan tepat bila ditanya.
Kadangkala waniat-wanita akhir zaman ini memiliki sifat-sifat pandai berhujah
tapi kepandaian itu digunakan untuk melawan kata-kata suami dan ibu
bapa sehingga suami
rasa dirinya tidak dihormati. Ada juga wanita-wanita cergas, tangkas, bijak,
dan rajin tetapi bukan pada suami dan bukan mengabdikan diri pada jalan Allah.
Mereka cergas, tangkas, bijak, rajin di hadapan boss, bersama kaum lelaki,
turun naik bas untuk ke tempat kerja, menghadiri majlis social, lincah berkawan
di disko-disko, kelab-kelab malam dan sebagainya. Ini bukan waniat cerdik.
Wanita cerdik pandai menjaga maruah diri, pandai membatasi diri dengan
hukum-hukum syariat.
Kalau ia terlanjur, ia cepat-cepat memohon maaf pada suami, bertaubat minta
ampun pada Allah dan berazam tidak mahu mengulangi lagi. Wanita cerdik sanggup
berkorban apa sahaja untuk suami hatta perasaannya sendiri semata-mata hanya
kerana ingin melihat hati suami gembira dengan layanannya kerana kegembiraan
suami ertinya pahala untuk dirinya. Sekalipun dirinya dan jiwanya terpaksa
bermujahadah. Wanita cerdik berjiwa merdeka. Hatinya tidak dijajah oleh
rantaian dunia, syaitan dan hawa nafsu yang sentiasa menipu. Itulah waniat
cerdik yang berstategi dalam menghadapi hidup.
Isteri-isteri Rasulullah yang cerdik-cerdik semuanya pernah dimiliki oleh
orang lain, kemudian terlepas ke tangan Rasulullah. Syaditina Aisyah sebelum
berkahwin dengan Rasulullah SAW pernah bertunang dengan orang lain. Ummu Salmah
( kedua cerdik ) pernah menjadi kepada isteri kepada Abu Salamah. Zainab r.a
sebelum dikahwini Rasulullah, merupakan isteri kepada anak angkat baginda, Zaid
Bin Harisah. Begitulah dengan yang lain-lainnya ada yang pernah menjadi janda
sebelum berkahwin dengan Rasulullah. Setelah diamati dan dinilai barulah
Rasulullah SAW kekalkan sebagi isteri.
Juwairiyah r.ha. adalah seorang tawanan perang. Sebelum dijadikan isteri
Rasulullah sudah terserlah kecerdikannya. Biasanya kalau sudah jadi tawanan,
seorang itu akan bingung dan beku ( jadi bodoh ), tetapi tidak pada Juwairiyah.
Sebaliknya ia sanggup berjumpa Rasulullah minta diberi perlindungan, dibebaskan
dia dan keluarganya. Orang yang berjiwa tenang sahaja yang boleh membuat begitu
disaat orang lain gawat. Inilah wanita yang Rasulullah mahu dan diperisterikan.
Bukan panik dan takut hanya kerana seekor lipas!
Begitulah nilaian Rasulullah dalam memilih calon isteri. Bukan seperti kita
hari ini. Pilih calon kerana ada kelulusan universiti. Kononnya bijak boleh
melahirkan anak yang pintar. Tapi kebanyakan yang berpendidikan tinggi tidak sedar dia
menghambakan ibu ayah dan mentua. Ibu ayah dan mentua dijadikan hamba menjaga
anak-anak mereka. Itupun ibu-ayah tidak sedar kerana dikaburi dengan wang yang
dihulurkan setiap bulan.
Ada yang menganggap isteri yang cerdik itu isteri yang up-to-date yang
berpakain ikut trend,make-up tebal, rambut diset dengan pelbagai fesyen. Boleh ikut suami dalam
apa sahaja majlis pun, pandai menari dan tidak kekok bergaul dengan rakan-rakan
suami. Itu yang diharapnya dijadikan isteri. Hanya suami yang dayus sahaja yang
sanggup melihat isteri ditonton oleh rakan-rakannya. Lelaki dayus tak akan
masuk syurga, kata Allah. Itupun kita masih tidar sedar. Masih berkhayal dengan
dunia yang bersifat sementara.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)