Saturday, 28 July 2012

ISTERI CERDIK DAN BERSTRATEGI (Bahagian 2)

0 comments




Cuba kita lihat apa pentingnya Rasulullah memilih wanita-wanita cerdik sebagai isteri? Pada sesetengah lelaki, ia hanya menilai pada cantiknya semata-mata. Pada pemimpin ummah seperti Rasulullah, sangat memerlukan isteri yang cerdik dengan kecerdikannya dapat dapat membantu baginda dan perjuangan Islam.

Perempuan cerdik dapat membantu suami disudut ia mampu semata-mata untuk membangunkan islam. Ia senang diajak bertukar-tukar fikiran, berbincang, saling memberi dan menerima, dapat pula melayan suami dengan baik, dapat menerima buah fikiran suami dan disampaikan dengan tepat pula. Sanggup berhadapan dengan bermacam-macam golongan masyarakat selagi tidak melanggar batas syariat, dapat membela Islam bila dipertikaikan dan lain-lain lagi. Bila isteri dapat berperanan sedemikain disisi suami yang berwatak pejuang.

Kalau cantik semata-mata tanpa cerdik dan berstategi, suami akan cepat jemu. Suami pulang semata-mata untuk berehat dan bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak. Selepas itu dia akan diam membisu. Perasan jemu tinggal dirumah akan menyebabkan suami tidak suka duduk di ruamh. Apatah lagi kalau
isteri itu disamping tidak cerdik dalam menghadapi suami, tidak ada rupa pula, lagilah suami jemu.

Untuk berhadapan suami, perlu juga susun strategi. Perlu faham dan kehendak. Perlu faham ‘mood’ suami. Bila ia suka di layan, bila dia hendak berehat, bila ia hendak bergurau, dan berkelakar dan bila pula suami ingin berbincang secara serius dalam hal-hal tertentu dengan isterinya. Isteri yang bijak pandai menepati kemahuan dan kehendak suami tanpa perlu diminta.

Hatta, dalam hal memasak pun isteri perlu cerdik. Kalau tidak cerdik, barang yang mahal jadi tidak sedap. Isteri perlu faham selera suami, kesukaan dan kegemarannya, biarpun ianya murah, tapi diadun dan direka menjadi satu masakan yang lazat. Jangan terjadi suami lebih gemar makan di luar dari makan masakan isteri sendiri.

Isteri yang terlalu lurus juga tidak dapat memberi hiburan pada suami. Isteri yang terlalu menurut tanpa menggunakan fikirannya untuk menilai sesuatu atau memberi pandangan pada suami, tetapi tidak pula menjejaskan ketaatan pada suami atau melawan kata suami.Pernah salah seorang isteri Rasulullah oleh sayiditina Aisyah akan kecerdikannya, katanya: “Pergi kata kan pada Rasulullah bila engkau berjumpanya nanti: aku berlindung dengan Rasul.” Sedangkan Islam mengajaruntuk berlindung dengan Allah!

Ummu Salmah r.a terkenal cergasnya dan pernah mengikuti beberapa peperangan hingga mendapat luka-luka. Pernah berlaku selepas hijrah Rasulullah ke Madinah, Rasulullah dan para sahabat sangat rindu untuk mengerjakan haji di Makkah. Perjanjian Hudaibiah pun dimeteri. Tetapi ternyata perjanjian itu berat sebelah.

Atas kebijaksanaan Rasulullah, umat Islam patuh juga pada perjanjian itu kerana dalam jangka panjang perjanjian itu menguntungkan orang Islam. Ini semua tidak disedari oleh pihak Quraisy Makkah. Para Sahabat sudah dalam keadaan terpinga-pinga ketika mereka dilarang masuk ke Makkah. Maka tidak ada harapanlah untuk mengerjakan haji pada masa itu.

Pihak Quraisy membenarkan mengerjakan haji pada tahun berikutnya. Sedangkan merak terlalu rindu Baitullah hinggakan bila Rasulullah menyuruh sahabat-sahabat mencukur rambut dan menyembelih binatang korban, mereka di saat itu mereka tidak berbuat. Ummu Salmah memberi fikiran agar Rasulullah SAW dulu memulakannya. Akhirnya bila Rasulullah berbuat, barulah semua sahabat mengikut dan sedar akan perintah Rasulullah.

Itulah pentingnya isteri yang cerdik yang sentiasa mengingatkan suaminya. Dapat menyelesaiakan masalah suaminya.Dengan kemampuan yang ada pada isteri yang cerdik, banyak perkara boleh diselesai. Bukan sahaja masalah suami bahkan juga masalah masyarakat. Dia boleh mengajar, mendidik,memberi pandangan,menasihat, merawat dan lain-lain lagi sebagai isteri yang serba boleh setakat kemampuannya.

Bagaimana untuk didik diri agar jadi isteri yang cerdik dan berstrategi? Isteri hendaklah sentiasa faham kehendak suami barulah boleh bertindak tepat mengikut mengikut kesukaan suami. Isteri kena kreatif, asah fikiran sendiri agar dapat pelbagaikan layanan untuk suami. Korbankan segala-galanya untuk suami kerana Allah suruh kita taat pada suami. Kita kahwin dulu pun dengan harapan suami sebagai pembimbing. Jadi tidak patutlah kalau suami kita buat macam kawan, layan lebih kurang. Ini bukan isteri yang cerdik. Isteri begini hanya mahu diri dan perasaannya dilayan. Sedangkan dirinya sendiri tidak mahu berkhidmat melayan suami. Ini sudah lari dari tugas sebagai isteri.

Oleh itu jadilah isteri yang cerdik dan berstrategi dalam memahami perjuangan suami di luar rumah. Cuma berhat-hatilah, agar dibantu hanya untuk membenarkan syariat.

Leave a Reply

Labels