Thursday, 19 July 2012
Punca Anak Derhaka (Bahagian 2)
BERTAUBAT SEBELUM
MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa
caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka
dan melawan mereka?
Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat
suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih
hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun
ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah
ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan
buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun.
Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta
pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat
hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik
turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi
menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang
untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak
dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu
tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu
dahulu. Tiga
kali ibu barulah sekali kepada bapa".
"Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama
agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada
yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka." Sebenarnya golongan
nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita.
Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati
dan menghormati golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA
MENTUA
"Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri.
Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya
kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?"
"Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua
yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik
kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan
emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena
faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga
suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas
menantu.
Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail, suatu hari, Nabi
Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya
pun tidak kenal dengan mentuanya. "Menantu berkasar menyebabkan Nabi
Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya
tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik isterinya pun
menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu
adalah ayahnya.
"Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa
isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan.
"Nabi Ismail berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali
menantu.
Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan
santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan
sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan
jangan ditukar kepada yang lain."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


































