Kajian menunjukkan bahawa
individu yang terlibat dengan aktiviti kerohanian serta melibatkan aktiviti
kerohanian komuniti seperti solat berjemaah di masjid; mampu hidup lebih lama
dan lebih baik bahkan jauh dari kemungkinan untuk menghidap serangan jantung.
Tidak semestinya perlu melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti,
sekurang-kurangnya jadikan solat berjemaah di masjid sebagai aktiviti rutin
adalah satu permulaan yang baik.
- Selalu solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu ( solat sunat rawatib ).
- Mengingati Allah selepas solat. (bertasbih,tahmid dan berdoa).
- Pagi,petang dan malam selalu mengingati Allah (banyakkan berzikir)
- Qiamulail (solat sunat tahajjud,hajat dan sebagainya )
- Solat sunat dhuha (jadikan sebagai amalan harian)
- Berwuduk. (selalu perbaharui wuduk anda,maksudnya pastikan kita selalu dalam keadaan berwuduk)
- Membaca Al-quran (baca Al-Quran 30minit sehari,paling minimum!.seeloknya dilakukan selepas subuh, sebelum kita keluar melihat perkara lain)
Biar kita menangis di dunia kerana dikutuk,diejek,difitnah dan sebagainya. Janji di depan Allah nanti, kita senyum semasa bertemu dengan yang Maha Esa. Bila kita tidak sabar dan rasa rindu nak bertemu dengan Allah, Allah pun sama akan rindu dan tidak sabar nak bertemu dengan kita.
